Nuffnang Ads

Saturday, July 5, 2014

Diari Ramadhan Akmal : Hari 6 dan 7. Boom!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? Ni nak cerita Ramadhan ke-6, untuk Ramadhan ke 6 saya takde lah cerita sangat jadi, saya gabungkan hari ke-6 dan ke-7, gabung meletop kan? Boleh? Camtu?


 tempat saya.. sejuk pepagi, panas tengahari sampai malam...huhu

Baik saya segmenkanlah harinya,

Ramadhan 6.

Untuk Ramadhan ke 6, harinya hari Jumaat kan? Hari Jumaat, pergi semayang Jumaatlah, takdelah nak selfie-selfie dalam masjid macam orang lain.. gitu. kita orang biasa-biasa je, bukan artis, fashion designers, pelakon nak selfie dalam masjid. Hahaha... takde koreje.

Hari Jumaat ni saya pergi ke tempat kakak saya meniaga, ramai juga yang membeli juadah mereka buat, macam-macam. seronok. Cakap-cakap dengan dorang, kadang-kadang cakap kosong je, tapi kadang-kadang cakap yang berisi jugak lah, takde hal. janji dapat meluangkan masa bersama rakyat jelata. Hahaha. fefeling diva divarina tak? hahahaha... Then selepas berniaga dan tengok-tengok orang, camtu je lah.. hehe. takde nak buat apa-apa terus balik, saya bawak motor je pergi tempat kakak saya meniaga tu. Biasa je lah...


Ramadhan 7

Hari ni!!! Sabtu, apa yang saya buat hari Sabtu? Nak buat kuih, tapi kakak datang pagi tadi cakap, rumah dia takde air then taley nak menjual la hari ni tadi, so, tak jadi la nak buat bubur serabai. *sedap! Macam pancake tapi potong-potong 4 segi then makan dengan kuah bubur gula gabung dengan santan tu. Sedap woiii... Then hari ni saya berbuka puasa hanya amik buah tembikai, ayam bakar, kuih. Gila ? Ha.. kan, memang saya terasa macam Kevin Zahri dah sebab makan gitu tak makan nasi. Terfeling ahli bina badan gak sebab tak makan nasi. fefelinggg... hahahha.. then malam ni tadi saya amik nasi gak sikit like satu cawan. Cawan ni bukan kole.. then banyakkan lauk like daging dan ulaman. *fefeling nenek-nenek dah makan sesimple ni... kampung katanya...

So, itu jelah untuk Ramadhan 6 dan 7, sudah seminggu kan kita berpuasa. Esok dan minggu baru. Baju raya korang dah siap? Saya tak potong lagi baju untuk mak dengan ayah saya. Baju saya pun rasanya takyah lah beria sangat, baju banyak, takyah buat pun takpe. hehehe...

Dah, esok cerita lain pulak kalau ada cerita lah, kalau takde jemari ni tetap akan update, walaupun cerita biasa je.. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: dah started sit up sikit, 30 sekali buat, slow-slow. hehehe...

No comments:

Post a Comment