Nuffnang Ads

Sunday, July 6, 2014

Diari Ramadhan Akmal : Hari 8, mencuba resepi baru!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Baik, sekarang ni saya nak update fasal satu resepi yang sungguh mudah. Resepi apa? Puding! Iya, saya jumpa dekat sini, Blog Kak Yatie , kak Yati ni memang menulis fasal resepi je, most of them la, memang best, resepinya memang semuanya mudah-mudah.

Dia pun networking dengan blogger masakan lain, dia hebat, saya bukan blogger masakan so, sebab tu ler tade nak post resepi tiap hari. hehehe.. Baik,baik, berbalik kepada puding tadi, puding apakah? Ni nak post fasal Puding Milo Lapis Oreo... ha.. dengar pun dan cam best kan.. kalau letak Nutella lagi lah agaknya ye..

Siapa nak resepinya? Nah...
Ni memang copy sebijik-sebijik sebab takut nanti tersalah taip, terus tak jadi... huhu... 

 gambar pun amik kak Yatie punya...
Bahan : ( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
 Haa... macamne? Senang kan? in syaa Allah, saya pun nak cuba untuk buat makan sendiri, kalau nak jual, memang taklah kot... susu cair boh... oreo lagi, milo... nak jual berapa kan? hahahahha.. makan sendiri dan sedekah boleh lah... hehehe..

dah, jom kita cari bahan untuk buat ni, then buat petang ni, sempat lagi nih.... baru pukul 12 ni... jom!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Ramadhan, Ramadhan, Syukur selalu... *rindu...

No comments:

Post a Comment