Nuffnang Ads

Sunday, July 20, 2014

Diari Ramadhan Akmal : Ramadhan ke 22. Cepatnya...

Assalamualaikum WBT,

Sedar tak sedar, kita telah pun masuk ke hari ke 22 Ramadhan, esok dah 23 Ramadhan, sekejap? Rasa baru semalam mendengar pengumuman puasa, tup tup hari ni dah 22 Ramadhan. Sungguh cepat masa berlalu, apakah kita rasa begini masa kita kecil dahulu?

Masa tetap sama, 24 jam 1 hari, tetapi cuma yang berbeza adalah umur. Kalau saya sekarang dah 26 tahun, dulu masa saya 7-8 tahun, rasanya lama sungguh puasa ni. Yes, sebab apa? sebab memang macamtu, masa kita kecil, kita rasa everything is okay, lambat ke cepat ke, tetap sama, sebab kita masih kecil dan mungkin persekitaran masa dahulu amat berbeza dengan waktu sekarang. Dulu takde FB, takde blog, takde Twitter, IG bagai semua, yang ada hanyalah padang, sungai, pokok-pokok, batu yang dijadikan sebagai sumber keseronokkan.

Tapi itu dulu bukan? Mesti ada rinduinya? Iya lah, pergi mandi sungai dengan rakan-rakan lain, main konda kondi, kejar-kejar, sembunyi daun, baling selipar, polis sentry, batu seremban, lompat getah, kejar tiang, baling tin, upih pinang, dan sebagainya. Setiap daripada game ada unsur-unsur yang diterapkan dalam menjadikan kita semua manusia. Iya. Hebat bukan game orang lama dahulu. 

Sekarang takde dah, semua pakai Apps, takde apps kejar-kejar, yang ada main dalam smartphone, kejar-kejar pencuri bagai-bagai, main cari naga, word search dan sebagainya. Tak dinafkan banyak kebaikannya juga, tapi ada juga keburukannya kan? Mungkin lebih banyak keburukan daripada kebaikan? Bukan?

Tapi tulah, pokok pangkalnya kita sendiri. Buat keputusan dengan bijak, kan?

Assalamualaikum WBT,

p/s: Esok nak ke KL, cari kain.. jom!!

 

No comments:

Post a Comment