Nuffnang Ads

Thursday, July 3, 2014

Jubah, Lambang Beragama?

Assalamualaikum WBT,

Haa.. ni nak cakap sikit fasal jubah. Aah, jubah, jubah yang kebanyakkan orang selalu dok pakai ni kan. Orang kata, jubah ni melambangkan sesuatu. Apa lambangnya? Entahla, saya pun tak tau. 

Secara jujurnya, saya lebih suka pakai jubah daripada pakai baju biasa, tapi saya juga pakai baju Melayu, ia lebih selesa sebenarnya. Saya jatuh hati dengan jubah bila saya tengok seorang fashion designer dari Arab kalau tak silap, namanya Hateem Alakeel yang mereka jubah yang jauh dari tradisional. Suka tengok, tapi biasalah kan, when we put something yang tak berapa cantik on models pun jadi cantik kan? Tapi itu biasa lah.. 

But, to be honest, kalau anda lihat rekaan yang dibuat oleh Mr Hateem, you too will fall in love with all the thobes. Dan daripada situ, saya sendiri start reka jubah saya sendiri, but with my own twist lah. Ada jubah yang saya buat plain, ada yang saya tambah beads kat leher, ada yang saya mix match the colours, anda yang saya buat line kat tepi, everything. I love doing it, but to myself and the family je lah, takde lah nak bring everything forward to someone kan?

To me jubah means a lot in terms of comfortness, saya confirm lah, ramai orang wanita suka pakai jubah sebab satu senang, dua selesa, tiga mudah kan? Begitu juga lelaki, ramai je sebenarnya hendak pakai jubah TETAPI, stigma yang mengatakan bahawa jikalau seseorang lelaki itu memakai jubah, makanya dia seharusnya menghafal 30 juzuk Al-Quran. Adakah ia sepatutnya menjadi satu stigma jikalau memakai jubah? Sejujurnya, saya rasa TIDAK LANGSUNG. Everyone can wear jubah/thobe. 

Tiada pulak stigma mengenai Baju Melayu, kalau orang pakai baju Melayu, dia seharusnya hafal Al-Quran ke apa, kenapa? Sebab ia baju Melayu? Camtu? Orang kita memang camtu, kalau pakai jubah je terus ada pemikiran yang dia akan menjadi seorang yang alim ulama. ya Allah, kenapa la macamtu, habis tu, ada tengok pak imam pakai jubah tiap masa ke mana-mana? Tak kan? Sebab apa? Mungkin dia tak nak pakai, walaupun dia Imam? kan?

Jadi, saya memang suka pakai jubah, tapi takde la cam jubah tradisional ke apa, yang cam ada design sikit la, walaupun takde la cam design sangat. hahahha.. takde la cam Hateem punya, tapi boleh lah, saya pun ada gak amik dari dia sikit-sikit designnya.. hehehe.. 

So, jangan praktis stigma tu yang bahawa pemakai jubah adalah seorang al-Hafiz hafal 30 juzuk Al-Quran ye, please, jangan, tak baik. Jom tengok sedikit dari Hateem Alakeel. Jubah dah modern, cantik gilosss...



Assalamualaikum WBT

p/s: suka jubah.

2 comments:

  1. hm, smart pakai jubah...dtglh AlHijrah, hari2 boleh tgk lelaki pakai jubah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...memang smart, hehe.. Al-Hijrah.. ala malu la kita.. kita bukan ada pape pun nak menapak kat Al-Hijrah.. hehehe

      Delete