Nuffnang Ads

Sunday, July 27, 2014

"Melayu, kenapa kau nak jadi Arab"- Artikel Noor Azam Shairil.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti ada yang rasa macam sakit-sakit kan ? Then buat-buat cam tak larat then berbuka!! makan macam biasa.. huh? please lah...  

Sekarang saya sedang membaca nukilan hangat tahik kerbau wartawan Astro Awani, Noor Azam Shairil yang artikelnya diterbitkan pada Julai 27, 2014. Kalau hendak di tengokkan pada tajuknya, memang agak menyakitkan hati dah, tajuknya, "Melayu, kenapa kau nak jadi Arab".



Baik, jika anda tengok pada tajuk, memang dah dapat dah insight apa yang wartawan MELAYU  ni tulis, mungkin di wartawan Melayu yang pure Melayu, pakai tudung bawal, lepas tu letak cincin pada kain tudung then pakai baju kurung, itu baru pure Melayu, tapi jikalau nak iikutkan, tanpa kedatangan Arab, apakah kita akan dipanggil Melayu Islam? Entah, tu lagi lah, mungkin kita juga akan pakai baju ala-ala orang putih yang datang menjajah Tanah Melayu ketika itu. Kan?

Yang hebatnya, Noor Azam Shairil ni berkata-kata seolah-olah, orang Melayu tidak lagi ini menjadi orang Melayu sehinggakan terbawak-bawak 'rasa' Arab yang ada pada diri Melayu. wah wah wah... hebat sungguh. Mungkin Noor Azam ni adalah Melayu Asli yang memang berasal dari Yunan *ada pendapat mengatakan, yang mempunyai jati diri Melayu Asli yang kuat, NAMUN, jika dibaca dari segi penulisan Noor Azam ini, jelas terdapat unsur-unsur lewah bahasa dan juga ada bukan bahasa Melayu Asli yang digunakan, adakah dia sudah terpengaruh dengan gaya penulisan masyarakat Melayu Moden? Entah, itu saya kena gali lagi.

Noor Azam menulis lagi tentang penukaran beberapa perkataan MELAYU kepada ARAB, seperti, bebuka puasa kepada Iftar, sedekah (arab) kepada infaq (arab), Aidilfitri kepada Eidul Fitr dan berbagai lagi. Sejujurnya, saya yang sukakan bahasa, tiada masalah dengan perkara ini pun. Sehinggakan Noor Azam mengatakan 

"apakah dosa mengucapkan "Selamat Hari Raya" maka ditukar jadi "Eid Mubarak"?

Apakah mencantikkan bahasa itu membuatkan kita lupa asal usul? Saya masih makan tempoyak, budu, jeruk petai, sambal jering, kerdas, yes? Noor Azam tau apa itu kerdas? buah kejijak? Jadi, kalau Noor Azam tak tau, makanya, tak Melayu lah kan? Tak gitu? Kesian. Susah la macamtu.

Ada mengatakan bahawa kita orang Melayu yang betul-betul dulu tak pakai tudung, maka nya tidak kah kita seharusnya bersyukur dengan perubahan yang baik yang dibawa dari Arab itu? kan?

Dan kalau kita belajar Bahasa Inggeris dan kita Melayukan dengan menggunakan beberapa proses apakah kita menjadi orang Inggeris? contoh perkataan yang kita sendiri Melayukan ada banyak, seperti teknologi, telefon, internet, komputer, dan lain-lain. Apakah itu membuatkan kita Inggeris? Dan ada perkataan Melayu yang diambil oleh orang Inggeris seperti Amok, apakah itu membuatkan mereka Melayu? well, Noor Azam, kena come out with beberapa points lagi lah, senang sikit kan? Tak gitu?

Saya Melayu, saya Islam, Saya Akmal bin Razlan, saya suka pakai jubah, saya suka makan nasi Arab, apakah itu membuatkan saya ARAB? Tidak, saya tetap Melayu.




 

Assalamualaikum WBT

p/s: menyampah sangat dengan artikel tulisan beliau dia.

No comments:

Post a Comment