Nuffnang Ads

Saturday, July 26, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Berhati-hati di Jalan Raya.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Baiklah, sekarang sudah Ramadhan ke 28, esok 29 Ramadhan dan in shaa Allah, kalau mengikut kalendar, Isnin kita semua sudah beraya.

Dengan pelbagai perkara dan ujian yang menimpa kita, marilah kita sama-sama mencuba untuk tidak beraya dengan cara yang melampau-lampau, lagipun, bersederhana kan amatlah digalakkan? Tak begitu?

Iya, mungkin sederhana bagi seseorang adalah sedikit bagi orang lain dan berlebihan pada yang lain mungkin sederhana bagi tuan punya diri. Nampak tak subjektif perkataan sederhana itu sendiri? Jadi, pokok pangkal janganlah kita berlebihan dalam berbelanja dan beraya.

Saya tahun ada buat sedikit kelainan, instead of bagi duit raya, saya tukar, saya bagi gula-gula dan it almost like door git lah, cuma letak dalam beg kecil camtu, plastik kecil lah. Comel kan? hahaha.. tu nasib baik tak bagi kad raya untuk budak-budak tu, kalau tak, haru lah dorang.. hahaha.. nampak tak idea creative melampau kat situ? Nampak tak? nampak tak?

Baik, kepada yang sedang mengharung kesesakkan lalu lintas (JAMMED), sila la bersabar sebab orang lain diuji dengan cara yang lain, dan sesetengah orang lain diuji dengan cara yang lain. Nak balik dari KL jem, nak balik ke KL pun jem jugak kan? Biasalah, bersabarlah, mesti Kerajaan ada jalan penyelesaian mereka yang tersendiri nanti, in shaa Allah, nampak tak baik kat situ? nampak tak?

Sempena bulan Mulai Syawal yang tak lama akan menjelma, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun maaf kepada semua pembaca dan followers saya, maaflah kalau tak dapat menyediakan entry-entry yang boleh relate dengan diri anda, saya insan biasa, tak pandai sangat, setakat biasa-biasa tu boleh lah. Saya juga ingin minta maaf kepada mereka yang mengenali diri ini, semoga anda semua dapat mengampuni dosa saya terhadap diri anda semua. Dan akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nanti saya cuba postkan gambar raya saya dengan keluarga ye? hehe

No comments:

Post a Comment