Nuffnang Ads

Monday, July 28, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua!!! Luv u.

Assalamualaikum WBT,

Salam Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua pembaca yang sempat membaca lah, kepada yang tidak sempat membaca entry ni hari ni, mungkin hari-hari lain kalian boleh buka kan? 

Baik? Kemana agaknya korang pagi-pagi ni? Rasanya, mesti semua ada pergi ke Masjid dan Surau untuk mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri kan? Bagus lah kalau macamtu, in shaa Allah, eh eh eh? Zakat Fitrah dah bayar ke belum? Kalau belum bayar, ups! terlewat sangat dah.. camne? ke?



Kalau hari raya ni, memang, makan memang tak hengat dunia kadang-kadangnya. Maklumlah, balas dendam katanya untuk bulan Ramadhan, padahal biasa je. Petua yang saya sendiri gunakan untuk pagi Raya adalah, jangan makan banyak dulu, seeloknya, minum air suam or panas. Sebab ia lebih selesa dikemudian harinya, haa.. camtu. Kalau nak minum air sejuk, berais, boleh, minum sikit-sikit, minum pun time tengahari sikit, sebab nanti sakit perut susah. Nanti nak beraya rumah orang lain lagi kan? Kalau kita dah kenyang sangat dekat umah kita je, nanti rumah orang lain macamne? Betul takkkk?

Apa lagi korang buat time hari raya ni? Takde dah? jangan macamtu, ziarahi lah rumah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai, kalau yang jauh tu, message-message la selamat hari raya, bukan susah pun kan? Senang je, janji ada credit. Gituwww..

Baiklah, saya nak beraya sangat ni... nak pakai baju baru dan bagai-bagai, hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: korang dapat duit raya tak?

No comments:

Post a Comment