Nuffnang Ads

Sunday, July 20, 2014

Tanda-tanda 10 Malam Terakhir Ramadhan.

Assalamualaikum WBT,


Kita sememangnya sudah masuk ke 10 malam terakhir Ramadhan. Yup, memang dah masuk. Pertamanya, syukur sangat sebab masuk ke Malam 10 terakhir Ramadhan. hehe *pilih ayat mana yang best tu...

Keduanya, masjid dan surau-surau kalau kat Malaysia ni semakin berkuranganlan jemaahnya. Iya, saya pun dah celup-celup pergi terawikh. Tak tau lah kenapa weh... Hajat hati memang nak pergi sangat, tapi tu lah, bila da lelama, hati manusia yang tak seteguh karang kan? hanyalah sehijau warna daun, memang lah...

Ketiganya, bazaar-bazaar Ramadhan pun mula orang berkurangan juga sebab rata-rata ramai bertumpu kepada pasar untuk shopping hari raya. Walaupun begitu, tetap ada yang masih menunggu ke saat-saat akhir untuk shopping. katanya..

"alaa.. buat apa pergi shopping awal-awal, rugi lah tak dapat diskaun. Best woi kalau pergi malam raya, orang ramai, boleh dapat diskaun".

Tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah rata-rata contoh rakyat Malaysia yang duduk dekat dengan Bandaraya Kuala Lumpur yang memang suka buat last minute shopping. Baik, ada kebaikan dan ada keburukan shopping last minute ni. Keburukan, tak banyak le colour yang awak pilih tu nanti. Kebaikan, diskaun. Tapi kalau nak comparekanlah kan, Jakel sekarang menawarkan harga baju Melayu yang murah, so? Kenapa tunggu diskaun? Kan? Unless kalau u nak pakai baju yang dekat pasar tu yang menggunakan kain yang keras-keras or kain yang kurang best kualitinya.

Kuih raya? memanglah, 10 Malam terakhir memang memberikan rezeki hebat kepada mereka yang menjalankan perniagaan kuih Raya. Bermacam-macam jenis kuih raya yang dapat dilihat di merata-rata tempat. Syurga kuih raya? Tak, takde syurga dalam dunia ni, penjual kuih raya kadang-kadangnya menggunakan nama pelik-pelik, semata-mata untuk menarik pembeli supaya membeli kuih raya mereka. Waktu ideal untuk membuat belian? DI waktu malam, sebab at least boleh mintak rasa kan? Tau la sedap ke tidak. Kang beli depat 10 jenis kuih, tup tup, rasa sama deknon??? Mau tak meradang... nak gi tukar malu... hahahah..

Bau kuih raya bakar di oven. kalau di kampung-kampung or di bandar sekalipun, mesti ada yang suka bake kuih sendiri kan. 10 Malam terakhir adalah waktu paling hebat untuk bake kuih. Katanya,

"akhir-akhir ni la best buat kuih, lagipun kuih dapat tahan lamaaa".

Kata responden. Gitu... hahaha... tapi  yang sebenarnya, memang tu je la time boleh buat kuih, nak-nak kepada yang memang mood raya dah sampai. Memang tu je la malam nak buat kuih raya. Kadang-kadang takde la nak buat kuih sangat, cumanya... nak dapatkan feel raya tu, rasa raya tu sendiri, rasa tu. Saya dah lama jugak tak buat kuih raya, raya tahun ni entah lah, sebab banyak lagi baju nak dibuat. Mampus! huhu...

Okay, itu adalah interpretasi 10 Malam Terakhir Ramadhan dari pemikiran creative saya. Adakah anda bersetuju? Taipkan... hehehe.. takde... saje je... Lagipun, memang betul pun kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: Kalau menurut Islam lain, jauh sangat bezanya.. jauhhhh...

No comments:

Post a Comment