Nuffnang Ads

Friday, August 1, 2014

Incident seluruh dunia. Ya Allah...

Assalamualaikum WBT,

Baiklah, sekarang sudah hari raya ke-5 dan kita pun dah menjengah masuk ke bulan 8, jadi, perhatian untuk bulan ini adalah semestinya, Bulan Kemerdekaan, namun, mungkin sambutan Bulan Kemerdekaan juga akan diminimumkan kerana incident-incident yang berlaku pada beberapa bulan lepas both MH370 dan juga MH17 dan banyak lagi incident yang membabitkan beberapa negara Islam dan ketidakwajaran dunia terhadap beberapa kes lain. 

Banyak pekara yang berlaku pun di dunia ini yang mungkin kurang mendapat liputan untuk makluman umum kan? Fokus yang diberikan adalah kepada Palestine, Israel, MH17, Russia, Ukraine, MH370 dan masalah negara. Bukan saya tidak setuju, saya setuju, cuma kita kena juga baca berita-berita lain, takutlah nanti minda kita hanya tertumpu kepada sesatu berita sahaja.

Semalam saya baca mengenai Banjir lumpur di India yang meragut nyawa. Sungguh menyayat hati dimana mangsa tertimbus dibawah tanah. Saya memang tak tahu nak tumpukan kepada yang mana satu, sebab apabila ia berkaitan dengan nyawa, saya rasa sungguh fragile sebab nyawa kita milik Allah SWT, bila-bila Dia nak amik, Dia amik, kita apalah sangat kan? Sekadar manusia biasa, yang sungguh kerdil dan sungguh lemah. Ya Allah. 

Jadi, takpe la korang, sesamalah kita mendoakan kesejahteraan semua orang Islam dalam dunia ni.Tadi saya pegi masjid, sedap je dengar bunyi ramai orang aminkan surah Al-Fatihah pak imam, berderau darah saya dengar.. hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Esok.

No comments:

Post a Comment