Nuffnang Ads

Monday, September 29, 2014

Isu Hangat!!! Agent Pengemis?

Assalamualaikum WBT,

Apakah khabarnya di sana... sayangg...

Macam lagu pulak, lama nau tak berkaraoke nih... last karaoke masa saya belajar dulu kat Uni, itu pun dengan kengkawan, melepaskan stress. Masuk karaoke room terus jerit. Rasakan! lepas tu, esok takde suara. Hahaha.. tapi okay gak la, takde la esok nak present, malam ni melalak bagai. Fikir jugak lah... pon kan?

So, tadi saya janji nak update fasal satu hal ni kan... nak dijadikan cerita, semalam saya berjalan-jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman, sementara saya tunggu my cousin mencari sample kain untuk assignment dia, saya pun berdiri di hadapan satu kedai ni, Bunga Reben.

Semua maklum, kepada yang selalu pergi Bunga Reben memang ada beberapa mak cik yang duduk depan premis tu dan mereka memang buat apa yang termampu untuk mendapatkan wang. Saya cuba mencari perkataan yang agak soft untuk digunakan, tapi malangnya, susah sungguh. Hurm, jadi senang cerita, mak cik dan pak cik tu, mengemis di situ. *correct me if I'm wrong, thank you.

Lama juga saya berdiri di situ, memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang jugak. Then dalam pukul lebih kurang 5.00 petang macam tu, ada seorang budak pergi kat mak cik yang jual tisu tu. Then dia bercakap seolah-olah dia kenal mak cik tu. Then mak cik kemas semua dan budak tu pimpim tangan mak cik tu, dan dibawanya ke arah sebuah kereta Naza Citra yang tersedia menunggu di tepi jalan. *jam sekejap kat situ. Lepas tu, kereta tersebut meluncur dan hilang dari pandangan saya.

Then selang beberapa minit, ada sebuah lagi kereta Kenari Putih dengan dua orang lelaki muda mencari mak cik dan pak cik yang menyanyi dan mejual tisu di situ. Yea, kalau korang perhatikan, ada pasangan tua yang menyanyi di situ. Kebetulan, time tu saya ada kat situ, then saya perhatikan, dia seolah-olah mencari pak cik dan mak cik tu. Saya cuba berfikiran positive, dengan berfikiran,

"mungkin anak pak cik tu kot, sebab kot nak bawak balik ke apa kan?"

Lepas tu saya masuk ke dalam kedai Princess bersebelahan tu, keluar je kami, ada lagi orang muda tu, dan pak cik tu ada kat situ. Dan kelihatan orang lelaki muda tu MENGAMBIL DUIT dari  tempat simpanan pak cik tu. Dan berjalan ke parking kereta dan seolah-olah mengira berapa yang pak cik tu dapat.

Dekat situ, saya dah tak boleh nak fikir positive dah. Maaflah. Tapi bila fikir balik, macamane pak cik dan mak cik tu nak mencari duit kalau takde orang hantar dan orang yang hantar tu jugak mesti nak duit. Pening jap. Saya pun jadi tak tau nak fikir macamne.

Saya jadi blurr untuk proses apa yang terjadi. Saya jadi kaku. Saya jadi pening. Difikir sebelah sini salah, difikir sebelah sana pun salah. Tak tau lah. Agen? Entah. Tu je yang bermain dalam fikiran saya pun.

Saya bersyukur sangat keluarga saya duduk di Kampung dan alhamdulillah, mampu mencari sesuap nasi untuk diri sendiri. Alhamdulillah. Amin. Apa pun saya doakan pak cik dan mak cik tu selamat sehingga ke akhir hayat mereka. Amin.

Ini sahaja yang mampu saya lakukan. Sebarkanlah.

Assalamualaikum WBT

p/s: masalah diketahui, penyelesaian masih dalam kesamaran.

No comments:

Post a Comment