Nuffnang Ads

Tuesday, September 16, 2014

Konsert Akademi Fantasia : Minggu ke-2 Wawa Tersingkir.

Assalamualaikum WBT,

Baik, semalam saya sempat menonton Konsert ke-2 Akademi Fantasia 2014. Vavavah!!! ada yang menarik dan ada yang ala-ala je gitu. *jemah mode on!

Okay uols!! ni jemah nak cakap sikit lah, bukan apa, kalau nak menyanyi dan perform, boleh sangat, jemah suka pertandingan-pertandingan yang mampu menguji kebolehan anak-anak kita ni, sebab in the end, dorang bukan lagi seorang pelajar nanti, dorang akan menjadi seorang penyanyi yang diharapkan mampu untuk menyinar di persada antarabangsa dan mungkin menjadi bintang yang be-ge-mer-lapan *susah nak nak heja!! kau hengat Jemah keje DBP ke? 

Dari persembahan semalam yang Jemah boleh hengat adalah, Ewal, Nuha, Aman, Ziha... ni adalah top 2 and bottom 2. meh sini Jemah terangkan sikit...

Ewal 

Ewal ni memang dari dulu dah menyanyi. Keluar je dari perut mak dia, Jemah rasa dia memang dah menyanyi. Bayangkan kalau dia menangis masa kecil, mesti dia cam hit notes-notes yang banyak dah, gitu!!! hahaha, Jemah suka suara dia sebab suara dia suara jantan dan suara dia clear. Bersih je rasanya tekak dia tu. Ewal mendendangkan lagu Ada dari Datuk M. Nasir. Lagu ni memang best sungguh. Sungguh kreatif gaya tulisan liriknya. Hello, M.Nasir kan, btw, penghayatan lagu ni memang okay lah, takde la cam tak kena ke hape.

Nuha

BUdak ni memang dari mula best. Suara besar jadah, time tak perform jadi kucing, bila atas stage nak perform, in character, jadi Harimau. Gila budak ni! Jemah suka!!! Takde masalah dengan suara dan cara nyanyian dia. Suara asli dan takde tetiru mana-mana penyanyi. Bertepatan pendapat Jemah dengan Ramli M.S. yang Nuha mampu menjadi salah seorang daripda penyanyi wanita Malaysia, jika ada yang menyokongnya. Kalau pandai buat lagu dan menulis lirik, girl!! Jemah harap awak boleh sebab sekarang ni, otak berkembang macam minum dugrow, minum je otak hebat! katanyah. hahaha.. dan, jangan malu sangat! sekali dua boleh macam memalu, lelama orang menyampah dik! okay? keep it up. You are still on top, don't worry.

Yang Bottom two ni. BTW, other than those two contestants, yang lain ala-ala hauk jugak lah. Entah sebab lagu ke hape. Tapi kalau nak diambil siapa yang paling saya ingat, dorang 4 orang ni lah. Dua dah dijelaskan kenapa, dua lagi, meh sini.

Aman

Budak ni malu sangat, sampai jelas dalam suara. Cover sangat. Kau kenapa dik? Jemah dulu masa jadi retis, Jemah langkah je!!! Cemuh sinih, jemah ludah. Kau nak jadi artis, penyanyi, tapi memalu. Kenapa? Jangan malu, ikut kata kak Amy Mastura, *hai Amy! Ingat you masa Asia Bagus. Kalau malu jangan pandang bawah, pandang paras or atas.Body language penting. Suara okay lah, tapi paling saya ingat adalah akustik version ni, Ya ampun, bestnya!!! kalau saya tu memang bangun then interact dengan musicians! seriously. They helped you a lot and bawak lagu tu dengan cara awak, jangan guna falsetto kalau tak confident. Okay? Jemah malas nak cakap banyak, kesian you. 

Ziha

Yang ni, dari awal lagi entah kenapa. Awal lagu tu, shaky lah, tak kuar suara pun ada. Memang tak dinafikan, lagu tu lagu Aisyah yang sememangnya takde orang boleh lawan suara Aisyah. Hello, tapi awak bawak la lagu ni dengan suara awak, kuatkan semangat! Keluarkan suara awak tu. Bak kata Ramli MS kat Nuha, guna suara Alto, suara asli awak. Okay? Jangan cover, sayang!

Yang lain tu, okay je la kot. Entah lah... jemah nampak dua je pelajar yang top tu, yang lain tu kena usaha lagi.. thanks muah!!

Takde English week? baru best!

Assalamualaikum WBT

p/s: Maaflah, Jemah amik colum rini. 

No comments:

Post a Comment