Nuffnang Ads

Wednesday, September 10, 2014

Lampu Putih Kereta Menyakitkan MATA!!!

Assalamualaikum wbt,

Semalam saya keluar, aah, keluar memalam sebab nak pergi pasar malam. Then balik dari pasar malam, ada la sebuah kereta ni, eh! no no, bukan kereta, Toyota Hilux, korang tau kan macamne tinggi Toyota Hilux tu punya lampu kan? Haa.. tak pakai high beam pun dah macam high beam, ya Allah, rasa nak menyumpah je sebab, okay fine, kalau lampu tu lampu kuning macam biasa takpe, boleh dimaafkan, ini tidak!!!

gambar dari blog chegu zubir

Dah la lampu putih berkilauan macam lampu kat rumah tu, then pasang pulak spot light kat bawah tu!!! Kau rasa? saya rasa nak berhenti kereta then tumbuk je orang yang bawak hilux bodoh tu! sakit mata tau tak... ini ada sedar JPJ nak buat roadblock dan saman mereka yang pasang lampu jadah putih bangang ni! yup! kalau macamtu, saya setuju sangat lah!!! lampu putih ni annoying tau tak? menyampah! sebab menyakitkan mata mereka yang pandu kereta di hadapan.

Bayangkan kalau yang bawak kereta kat depan tu, KANCIL??? takke jadah rasanya kancil tu? kan? So, dan kepada pihak JPJ pulak, jangan pulak makan rasuah sebab yang kena tu tak nak bayar saman okay? Jaga etika awak, kalau saya nampak awak makan rasuah, pergi belakang sana sini, belakang kenderaan lah, belakang semak lah, ingat, kalau orang tak nampak, Allah ada. Kebanyakkan pegawai JPJ ni Melayu Islam kan? So, jaga-jaga, kat sana ada lagi. Kalau awak nak buat lebih dengan cara Rasuah, tolong berhenti kerja, ramai lagi yang hendakkan kerja awak tu, mungkin they would do better daripada awak okay?

So, janganlah pasang lampu putih tu, menyakitkan mata tau. Kalau kena kat korang baru korang tahu, kalau tak kena memang boleh cakap lah... huhuh...

Assalamualaikum wbt

p/s: biar lantak..

No comments:

Post a Comment