Nuffnang Ads

Sunday, September 14, 2014

Memenuhi Jemputan.

Assalamualaikum WBT,

Memenuhi sesuatu jemputan adalah wajib selagi mana ia tidak menyalahi dari segi Syarak. Haaa.... itu yang saya pernah baca di satu akhbar, maaflah, saya tak ingat la apa akhbar tu sebenarnya. Sebab ada kolum bicara agama kat situ. 

Tadi ada jempuntan perkahwinan anak salah seorang jemaah kampung saya ni, saya pergi makan je sebab dijemput makan je. hehe, saya makan biasa-biasa je, Nasi sikit then lauk banyak. Hahahaha... 

Alhamdulillah, kenyang.

Ramai orang pergi perkahwinan tadi tu, ramai ahli-ahli kariah kampung dan kenalan pengantin ahli keluarga pengantin yang datang. Tapi sekarang ni, gayanya nak hujan jew. Btw, pengantin tu datang dari Terengganu, Marang katanya. Mana-mana lah, asal jodoh, Kalau dah jodoh, datang la dari mana pun England ke, USA ke, Itali ke kan?

Sekarang ni saya tengah menonton cerita Kampung Boy dan tajuk episodenya adalah Ibu Mithali. Kenapa saya cakap fasal ni? Sebab dalam cerita tu ada Mak Tom, mak kepada Tak, then Tok Din, atuk kepada Normah. Mak Tom macam terlampau nak menang sehinggakan dia merasuah juri bagai. Then Tok Din dan Mak Tom adalah finalists kepada Pertandingan Ibu Mithali di kampung Boy. 

Jadi, sebenarnya, untuk menjadi ibu mithali tidak perlu pun diadili oleh orang lain seperti juri or apa, sebab setiap ibu adalah calon ibu mithali yang akan diadili Allah SWT. Betul tak?

Dah la, ni nak pergi satu lagi jemputan, btw, tapi kalau ada hal lain yang lebih penting dari jemputan tu, hahaha, kalau tak pergi pun takpe kot. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Tok Din memang bagus.

4 comments: