Nuffnang Ads

Tuesday, September 2, 2014

MOVIE : Girl in Progress (2012)

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Baiklah, tadi saya sempat menonton satu filem ni kat KIX HD Astro, dan saya tonton Girl in Progress (2012) dan pada mulanya saya rasa macam,

"Apa benda cerita ni?"

Then bila dah tengok lelama sikit, then rupanya jalan ceritanya agak menarik, ia berat tapi tidak terlalu berat untuk difikirkan. Ia tak seberat cerita Leonardo DiCaprio berlakon tu, yang berlapis-lapis tu, mampus kalau yang tu, memang saya skip lah.. hahaha...

http://en.wikipedia.org/wiki/Girl_in_Progress

Baik, berbalik kepada Girl in Progress (2012) ni, ia adalah lakonan Eva Mendes (Grace) dan Cierra Ramirez (Ansiedad), Grace adalah seorang ibu yang seolah membiarkan anak nya Ansiedad membesar tanpa kasih sayangnya. Ibu yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran tempatan sukar untuk meluangkan masa untuk anaknya. Oleh itu, Ansiedad cuba untuk melangkah waktu akhir kanak-kanak (awal remaja) untuk menjadi dewasa. Ini yang Ansiedad baca di dalam buku dan cuba untuk ikut, malangnya, apa yang dirancang tidak menjadi, well, ia seolah-olah meyonsang arah kehidupan untuk mencepatkan masa sedangkan Ansiedad masih ada di waktu tersebut.

Ada beberapa konflik di akhir cerita tetapi ia ditangani dengan drama oleh karakter di dalam cerita ini. Di akhirnya, Ansiedad had this epiphany (kesedaran) dan sedar bahawa apa yang dilakukannya adalah salah dan proses adalah proses. Ia tidak boleh dilangkau dengan senangnya. It needs time. 

Kepada yang suka menonton filem yang berasaskan family and like trying to find the path of life, well, you should watch this film. Ia filem yang agak lama tapi ia agak menyeronokkan. Seronok menonton cerita seperti ini. But i really think that watak Trevor patut dikembangkan lagi, sebab at the end of the movie, when Ansiedad was trying to become an adult by having intimate relationship, Trevor macam trying to come out with something, where he told Ansiedad that all his wrong doings were just for fun, because he too was neglected by his parents. So, truly, neglect is some sort of the keyword here, right? hehe..

Grace neglected Ansiedad, Ansiedad neglected her bestfriend Tavita, Trevor's parent neglected Trevor, Grace's boyfriend neglected his son and wife and so much more. 

Dah la, nak kemas-kemas bilik ni, berhabuk sangat daahhh... hihu...

Assalamualaikum WBT

p/s: kepada yang suka tengok cerita ni, tengok lah, cari kat Youtube ke kan? Download Torrent ke, saya tengok TV je.. :)

No comments:

Post a Comment