Nuffnang Ads

Tuesday, September 16, 2014

Parlimen Belia Malaysia - YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin.

Assalamualaikum WBT,
 
Haa... mesti ada antara Belia-belia Malaysia yang tertanya-tanya, apakah Parlimen Belia Malaysia. 
 
Parlimen Belia Malaysia adalah merupakan satu platform kepada belia Malaysia untuk bersuara, berpeluang mengutarakan isu-isu berkaitan belia, memberi pendedahan awal mengenai sistem demokrasi berparlimen dan menjadi pengantara belia dengan kerajaan Malaysia. 
 
Baik, ini adalah beberapa info yang sempat saya cari dan lihat mengenai Parlimen Belia Malaysia ini. 
 
www.parlimenbelia.gov.my/
 
Haaaa.. ini adalah Parlimen Belia Malaysia dan ia akan ada Penubuhan 9 Jawatankuasa, meaning, selepas penamaan calon bagai, then menang lepas undi, 9 orang akan dipilih untuk mengetuai 9 Jawatankuasa ini, *kot, ini ikut logik saya je lah... hehe.. jangan marah KJ, saya hanya cuba menjelaskan saya,
 
Baik, 9 jawatankuasa atau Teras itu adalah,
 
1. Sosio-ekonomi
2. Hubungan antarabangsa dan Diplomatik
3. Keselamatan, Undang-undang dan Intergriti
4. Pendidikan dan Kerjaya
5. Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Intergrasi
6. Prasarana, Pembangunan dan Alam Sekitar
7. Pembangunan Masyarakat dan Kesihatan
8. Tekonologi dan Inovasi
9. Modal Insan
 
Ini adalah jawatankuasa yang akan ditubuhkan oleh Parlimen Belia Malaysia..
 
So, kalau korang berumur 15 tahun hingga 40 tahun *seasoned, korang boleh mendaftar menjadi pemilih dan kalu korang nak calonkan sesiapa yang layak *sila lihat website, then korang boleh calonkan lah,but it has its own regulations, so you'd better click the website and see other information provided. Thank you very much.
 
So, itu je la yang saya nak sampaikan, kepada yang tertanya-tanya apa benda Parlimen Belia Malaysia ni, sila lah baca atau tanya sendiri kat @KhairyKJ di Twitter beliau, atau email lah beliau untuk info lebih, btw, Fit Malaysia tu bawah KBS kan, so, korang jangan malu-malu nak fit sekali dengan beliau. Dia pun orang muda, walaupun umur tak muda sangat dah, tapi okay lah. Dia pun faham orang muda camne.
 
 
Entah la, saya memula takde la faham sangat but then, apa yang saya sendiri faham adalah, Parlimen Belia Malaysia ini ditubuhkan untuk memberikan suara kepada orang muda belia DENGAN CARA YANG BETUL. Maksudnya, takde la melalak melolong di jalanan dan tiadalah demonstrasi yang dibuat dijalanan. No no, tak bagus, kesian orang lain. Kalau nak hormat orang lain, sila hormati diri sendiri dahulu, okay? Kalau tak hormati diri sendiri, camne ornag lain nak hormati diri anda, ada faham?
 
Okay, berbalik kepada Parlimen Belia, pencalonan adalah terbuka tetapi ada syarat, but kepada yang belum jadi ahli, sila lah menjadi ahli sebelum 12 tengahmalam ni haaa deknon!!! hahahha, saya pun baru je jadi ahli tadi. Maaf itu atas dasar sukarela. Memang nak join, takde paksaan sesiapa. Thank you.
 
Dah lah, nak buat kerja dan kemas sikit.
Nah, baca sikit ni, Information.

Assalamualaikum WBT

p/s: ni nak baca PBM-Standing Order jap.. banyak kena study.. semata-mata nak update fasal PBM nihhh!!

2 comments:

  1. KJ mewakili suara golongan muda...ehh menteri paling muda kan...ideanya bernas...bkn hanya angguk2 ja kat dewan..

    ReplyDelete