Nuffnang Ads

Tuesday, September 2, 2014

Program I Want Sihat : 'Keh Nak Sihat : Orang Raub, Moh Sihat Wehh!!!"

Assalamualaikum wbt,

Baru-baru ini kat Kampung saya, Kampung Jenud yang terchenta ini, ada satu event yang di namakan, 

Kem I Want Sihat Peringkat Daerah Raub dengan tagline,


"Keh Nak Sihat : Orang Raub, Moh Sihat Wehh!!!"

Haa.. ada banyak aktiviti yang dijalankan masa event ini berlangsung, ups! *sambil tutup mulut dengan 2 jari, event ni dah berlalu pun, ia bertarikh 30 Ogos 2014 pada pukul 2.00 petang - 6.00 petang yang bertempat di Pekan Sehari Kampung Jenud, Sega 2, 27660, Raub. *hamek, alamat penuh saya bagi... hew hew hew..

Aktivitinya adalah :

Kuiz Pemakanan Sihat
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Pertandingan Memasak Menu Sihat
Pemeriksaan & Saringan Kesihatan
Pertandingan Sukan Rakyat
Cabutan Bertuah
Pameran Kesihatan

Untuk jangka masa yang singkat, ini amat menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti yang diadakan juga sounded amazing. *maaflah saya takde di kampung waktu ni, ada job masa ni, nak je balik, tapi tu lah, hehehe..

Tujuan program ni senang je, Memupuk cara hidup sihat kepada penduduk Kampung Jenud. Kedengaran senang kan? Korang ingat senang ke nak pupuk cara hidup sihat dan mengubah cara hidup yang kita telah hidup maybe selama 26 tahun? Like me, susah woiii!!! saya ni, lepas makan nasi menyesal, then bila dah takde pape, menyesal dah hilang, makan lak KFC, then menyesal. Kau rasa? hahaha.. 

Apa pun, nama pun 'memupuk' kan? so, kenalah slow-slow. Kalau nak ubah terus, baik guna mengubah kan? so, dorang guna memupuk, *entah, sebenarnya tujuan tu saya ikut rasa je, sebab takde dalam pamphlet ni, dorang tak letak. Well, siapa nak baca kan? hehehe...

So, program ini telah dianjurkan oleh I Want Power of Health, Step Out, Kesihatan Raub, KPJ Healthcare, dengan kerjasama, Kuantan Specialist Hospital, JKKK Kampung Jenud, Komuniti 1 Malaysia Kampung Jenud, Persatuan Belia Kampung Jenud, JKKK Kampung Ulu Atok dan JKKK Kampung Kuala Atok.

So, walaupun saya takde, well, at least I am doing my part by promoting this event even if it is after the event. hehehe.. mungkin ada event seperti ini lagi nanti, who knows kan? hehehe...

Assalamualaikum WBT

p/s: so! jom sihat!!! 

No comments:

Post a Comment