Nuffnang Ads

Tuesday, September 30, 2014

REVIEW Akademi Fantaasia 2014 - Konsert Minggu ke-4.

Assalamualaikum WBT,

Hari Ahad aritu kan, saya sempat menonton Konsert Akademi Fantasia 2014 Minggu ke-4 yang menyaksikan tersingkirnya Muna dalam mengejar cita-citanya untuk menggapai bintang. Itulah realiti yang perlu dilalui oleh semua pelajar yang akan tersingkir. Ibarat kata, tersingkir itu pasti tetapi kejayaan itu masih samar. Nampak tak kat situ? 

Baik, kita akan review seorang demi seorang pelajar yang telah membuat persembahan di Minggu ke-4 yang lalu. Tetapi perlu diingati, ini adalah pandangan saya yang tersendiri dan pendapat saya sendiri. Janganlah dibaca sebagai seorang yang hebat fasal industri seni tanahair. 

Muna - Kekal (Ziana Zain)

Baik, seperti mana yang kita semua tahu, kebanyakkan lagu Ziana Zain adalah yang bernada tinggi, nada rendah dia pun okay jugak sebenarnya, tetapi ia tidak sesolid nada tinggi yang dilantunkan oleh Ziana Zain. Lagu Kekal ini adalah seperti lagu lain yang dinyanyikan oleh Ziana Zain, susah nak mampus. Dengan vokal Muna yang akan goyah tu, memang Muna ada cara yang tersendiri, tetapi, Muna ada lenggok yang sesuai dengan lagu traditional Melayu dan juga lagu slow ballad yang tak tinggi. Lagu-lagu seperti lagu Erra Fazira mungkin boleh dibawakan oleh Muna. Light-light je macamtu. Tetapi nice try dari Muna tetapi malangnya Muna tersingkir di konsert ini.

Nina - Dondang Dendang (Noraniza Idris)

Maaf, Nina memang tak boleh nak bawak lagu ni. Profile suara Nina memang tak boleh nak bawak lagu tradisional yang macamni. Cuba dengan masa Nina menyanyikan lagu bonus dengan Ewal, sedap bukan vokal yang agak sesuai dengan lagu. Ia seolah-olah kena dengan lagu, dan Nina adalah cara sendiri untuk membawa lagu, jadi! sebenarnya, Nina kena berani cakap dekat cikgu-cikgu yang Nina sendiri nak lagu Nina dibawak dengan cara yang Nina selesa. Bukan apa, rugi lah kalau masuk pertandingan tapi tak pamerkan suara sebenar awak. Rugi.

Ziha - Seandainya Masih Ada Cinta ( Dayang Nurfaizah)

Lagu ni memang tinggi dan sangat memerlukan breath control yang sangat hebat. We are now talking about Dayang okay? Dayang, cara Dayang membawa lagu ni memang best dan lagu ini sendiri adalah best! Melodi, lirik, dan ditambah dengan cara nyanyian Dayang yang kelihat effortless membuatkan ia NAMPAK senang, tapi hakikatnya, ini adalah salah satu lagu yang susah untuk dibawa di Malaysia ni. Dan, maaflah, saya masih tak nampak kebolehan Ziha dalam menyanyikan lagu ini, entah kenapa. Saya cuba menyelami rasa yang cuba disampaikan, tapi susah. Tak sampai. Maaf.

Azwan - Aduh (Ajai) 

Aduh, sayang.
Aduh, kasih.
Entahlah Azwan, saya pun tak tahu nak cakap apa. Kak Ziana cakap, awak biasa-biasa je. Saya rasa, awak ada potensi pon, cuma awak kena let it go kot! Nampak dalam suara awak, awak control sebenarnya, its good to have such control but sometimes, you need to let it go. I mean your voice. Lepaskan! jangan tahan-tahan. Okay? Next time you do better eh?

Aman - Tak Pernah Berjumpa (Forteen)

Haa.. I applaud the transformation done by team for Aman. Good job! Malu dah takde sangat, tapi jangan terkinja-kinja sangat atas pentas dengan lagu yang separuh rancak macamni kay? Tak elok, tak align dengan lagu sangat. Nak terkinja? Nyanyi lagu full rancak, itu pun tak semua boleh dikinjakan, kay? Peminat sedar yang Aman ada lah suara, tapi the main reason why he is on AF2014 is because, he is young, dia ada rupa, cute, comel dan mampu menarik ramai untuk undi Aman. Tapi, I am looking forward to hear him sing next assignment, it should be fun.

Ewal - Lena Diulit Mimpi (Wings)

What to say about Ewal? Jelas dia dilevel yang berbeza dengan pelajar lain. Dia memang dari kecil menyanyi dan dia boleh dikatakan seolah penyanyi profesional yang tidak mendapat tempat di industri music tanahair, Malaysia. Tetapi sekarang, Ewal dah masuk AF, semoga pendedahan yang diberikan dapat melonjakkan nama Ewal sebagai seorang penyanyi yang digemari di Malaysia. Suara awak best, memang apa lagi nak cakap. Takde apa.

Zarif - Gerimis Mengundang (SLAM)

Maaflah, saya masih jugak tak dapat dengar secara berperasaan suara Zarif ni, dan persembahan dia masih lagi tidak memberikan impak kepada pendengar. Saya lah kot, orang lain tak tau lah, tapi saya rasa dia ni ada tulis blog, rasanya lah, tapi entah lah... hurmm...

Nuha - Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor)

Okay, Nuha memang original. Takde klon satu pun penyanyi kat Malaysia ni ada suara besar macam dia. Cuma, dia kena berani conduct the musician untuk membentuk dia, suara dia berbeza dengan muzik yang ada kat Malaysia ni, dia kena berani,. Macam yang dicakapkan oleh Dato Ramli MS memang ada benarnya. Dia kena berani je lah. Tu je, sebab dia kena bentuk music yang tepat dengan suara dia. Cara nyanyian memang tersendiri dah. So far she is one of the favourites di Akademi Fantasia 2014.

Adel - Kesetiaan (Siti Sarah)
 
Seperti yang dicakap oleh Ramli MS, lagu ni memang susah. Yes, memang betul, lagu ni susah gila. Dia kena sustain low notes, sustain energy dan memang kena clearkan patah lagu. Siti Sarah memang sorang penyanyi yang bagus dan dia kecil tapi suara dia memang best! everything about her is good, cuma dia kurang hits je, but lagu dia memang beri impak kepada industri hiburan pon. Tapi Adel kena belajar lebih lagi dan lebih-lebih lagi untuk minggu 5 ni, lagu yang dia akan bawa adalah Jagalah Diri dari Jaclyn Victor. Lagi gila! tapi ni memang banyak high notes, dinamik nak mampus lah, tengok je la camne nanti...

Firman - Samrah Mentari

Saya sebenarnya suka cara Firman bawak lagu ni, then last part tu dia suntikkan elemen rock kepada lagu ni, memang best! suka sangat. Stage present tu dah slowly ada, suara kena perbaiki lagi, serak sangat, rock-rock jugak, jangan sampai terkucil dek. okay?

Rasanya tu je lah,

Terbaik : Ewal dan Nuha
Tercorot : Nina dan Ziha.
Tersingkir : Muna

Assalamualaikum WBT

p/s: Pendapat sebagai pendengar je... hehehe..

No comments:

Post a Comment