Nuffnang Ads

Wednesday, September 10, 2014

Suami Artis Wanita Mengamuk Di Twitter?

Assalamualaikum wbt,
 
Suami artis wanita marah isterinya diganasi dalam lakonan???
 
Hahaha.. ini adalah salah satu daripada banyak perkara yang agak bangang yang pernah saya baca dalam dunia hiburan ni. Ya ampun, isteri kau berlakon, BERLAKON tapi kau marah sebab tengok isteri kau diperlakukan sebegitu rupa...
 
Saya nak pause sekejap.
 
Kalau seseorang berlakon jadi jahat sampai dibenci, itu maknanya lakonannya membuahkan hasil, tetapi, kalau pelakon berlakon sampai membuatkan orang rasa simpati, takke itu juga satu lakonan yang hebat? kan? 
 
Pada mulanya artis wanita ni cakap dia takde hal, of course la kan, memula sebelum apa-apa, mestilah okay, tup tup, dah jadi camtu, macam-macam lah. Kepada Iqram Dinzly dan Farid Kamil, hahaha.. jejaga la, takut kena saman lak nanti.. mana la tau kan.., kita tak tau orang macamne, cakap depan lain, cakap belakang lain, cakap tepi lain... tu lah... nak sangat jadi pelakon, tapi tak tahan. Untuk mendapatkan scene dan emosi yang sebenarnya, mesti lah kena real kan? tapi takde la sampai mati kot. Sampai cakap tak bernyawa bagai... hahaha.. kelakar la u,, patut masuk Maharaja Lawak Mega, mana tau menang tempat pertama.. kan? 
 
 
Saya ingat lagi lakonan Iqram Dinzly dengan Izreen Azminda dalam drama apa tu, lupa dah, then Iqram dengan Nabila Huda, lagi lahhhh.. ganazan yang gilos.. tapi takde la Izreen dengan Nabila berbunyi ke hape, mungkin suami Izreen (masa tu lah, sekarang dah bekas) memahami lumrah seorang pelakon macamne. Lagi ganas masa lakonan aritu tapi tu lah, masalah-masalah emosi ni memang lumrah lah, sayang bini katanya kan? kena la dibelai-belai, lepas ni, mintak tapislah watak, amik watak mak cik-mak cik jual tudung, jual karipap, watak tukang sapu, sebab konfirm watak-watak camni, memang takde aksi-aksi ganaz, tapi tak tau lah, kot-kot ada perang mak cik tukang sapu.. who knows kan? hahahha...
 
dah lah, btw, saya tak minat sangat pun lakonan dan pelakon wanita ni, entah, tak minat je. sebab dia tak pandai belakon kot.. entah la.. lakonan dia takde kesan pun bagi saya...
 
Assalamualaikum wbt
 
p/s: Iqram Dinzly, keep up the good work!

2 comments: