Nuffnang Ads

Monday, October 6, 2014

Aidil Adha : Jaga Diet, Nanti Gout Menyerang.

Assalamualaikum WBT,

Haa.. korang banyak mana makan daging kali ni? Saya? hurmm.. saya makan agak banyak jugak tapi ayah saya semalam cakap,

"jangan makan banyak sangat, kang gout kan? *sambil buat terjengket-jengket"

Hellooo... kalau sepupu-sepupu buat camtu, memang tampar dah... hahaha.. takde-takde, saya sepupu yang baik pon, takdenya nak menampar bagai. Alkisahnya, saya ada bapa saudara yang ada gout juga, then, kesian gak dia, dia lagi teruk gout. Saya? Alhamdulillah, selepas banyak minum air masak, dan kurangkan makan sotong bagai-bagai aritu, gout saya dah hilang. Sekarang ni, saya kurangkan jugak, well, at least cuba kurangkan makan benda-benda yang mampu untuk menyumbang kepada kedatangan gout itu kembali. Haa.. camtulah.... 

Saya masih ingat lagi masa saya kena gout tu. Ya Allah, Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya gout. Urat-urat tu rasa macam nak pecah tau! sakitnyaaaa!! then after 2 months kot sakit gout ni, saya makan satu ubat ni, entah camne, nak rasi *sesuai, agaknya, terus hilang sakit, tapi takde la macam makan satu biji terus hilang ke, tak! saya banyak jugak benda yang elakkan daripada makan. Dalam tempoh tu saya tak makan sotong, udang, kobis, ikan bilis, budu, limau, benda-benda masam, jeruk, air gas, air yang manis sangat,  nasi dikurangkan, jambu dan lain-lain yang mampu menyakitkan kaki tu. Masatu kurang jugak berat badan... tapi sekarang dah takde sakit, saya mula makan la sikit-sikit, nasi pun memang makan lahhh.. hehe.. tak boleh woiii... lapar... hehe..

Dah la ini nak kemas rumah, nak vacuum bagai sebab ni dah habis kenduri, lagipun, in shaa Allah, kalau ada jawapan, maybe next week boleh start dah. Amin, doakan saya ye...

New days, new life, new future, In shaa Allah. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Letting go of my past without letting go the people in it. 

No comments:

Post a Comment