Nuffnang Ads

Friday, October 3, 2014

Arbonymus Gonionotus Goreng Kunyit dan Leptobarbus Hoevenii Asam Tempoyak. Sedap!!!

Assalamualaikum WBT,

Tadi dalam kol 8 lebih camtu terfikir,

"lahhh.. nak masak apa ni?"

Ayah saya tanya,

"adik, nak masak apa tu?"

"Entah la ayah, tak tahu nak masak apa..." *sambil berfikir nak masak apa...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Jelawat

Then tengok kat dapur ada ikan jelawat dan ikan lampam jawa yang telah disiap disiang dan hanya tunggu untuk dimasak. Then otak mula berfikir. Dapat idea!!!

Ikan Lampam Jawa digoreng dan ikan jelawat tu, dibuat gulai asam tempoyak.

Balik-balik je mak dari beli barang kat pekan dengan my brother dan anak sedara saya, tanya,

"masak dah?"

Dalam hati, 'amboihh.. hahaha..' tapi biasa je lah, takkan nak cakap apa lak kan? hahaha... saya biasa je pon. tahu dah mak memang camtu... suka je..

Then ikan goreng dah siap masak, cuma tunggu gulai je,.. mak saya rasa gulai tu, then tambah sikit ajinomoto... bam!! mak kata sedap! hahaha.. gumbira rasa hati... hehe..

then, kami makan malam dan kenyang, ni sekarang ni, mak dah tido, ayah pun dah tido. So, tinggal saya...update blog.. nampak tak? nampak tak? anak solehah..eh! soleh.. masak untuk keluarga...

Korang, bila last masak untuk keluarga, mak ayah? bila?

Assalamualaikum WBT

p/s; bukan bangga deknon, cuma kongsi, hehe..

No comments:

Post a Comment