Nuffnang Ads

Wednesday, October 15, 2014

Berhati-hati di Mana-mana Sahaja.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua!! Selamat pagi.

Malaysia kita ni kan sebenarnya selamat, tetapi climate change telah menjadi terlampau drastik. Tak tau kenapa, mungkin ini adalah balasan Allah SWT terhadap kita makhluknya yang membinasakan bumiNya dengan tanpa ada rasa belas kasihan. Lagipun, bumi Allah ini adalah hidup kalau tidak masakan kita dalam hidup di atasnya.

Semalam saya sampai kat Kampung saya, dan sepanjang perjalanan balik ke kampung, sana sini ada accident. Di Bentong, yang melibatkan 2 kereta Myvi dan kalau tak silap, satu Toyota Hilux, dan di Raub, yang melibatkan 2 Toyota Hilux dan 1 Toyota Camry or Honda.. maaf saya tak nak jadi rude pergi tangkap gambar kat sana kan? That's rude walaupun niat untuk berkongsi. Maaf, itu bukan cara saya.

Dan sehari sebelum saya balik ke Kampung, macam-macam orang bawak kereta. Okay, hari hujan dan hujan di Kuala Lumpur adalah paling hebat. Kalau tak percaya, cuba bandingkan, kalau ada masa untuk bandingkan. Hujan selalunya start pada petang, pukul 3-4 camtu, then sampai malam lah. Ya Allah, hujannya sampai ada satu dua tempat dinaiki air. Iya! Memang dinaiki air. Sungguh menyeramkan.

Ada satu masa aritu, saya dan cousin pergi ke Pavillion dan masuk takde masalah, hari masih lagi terang, keluar je, pukul 6.09 petang camtu, terus! gelap! macam pukul 8.00 malam. Seram je rasa hati masa tu, then berdoalah kepada Allah semoga takde apa-apa yang terjadi. Alhamdulillah, takde apa yang terjadi. Semuanya selamat belaka.

Dan semalam juga kita dikejutkan dengan puting beliung di Alor Star, Kedah. Apa nak jadi ni....? aritu perubahan suhu, yang sampai ada mengatakan kita bakal menjadi London sebab sejuk. Huurmmmm.. sekarang puting beliung? Nak jadi USA pulak ke? Sungguh menakutkan... hurrmmm...

Dah lah, semoga puting beliung yang diperkatakan itu adalah pertemuan angin sahaja. Semoga tidak menjadi seperti di USA sana... amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: Semalam hujan lebat.

2 comments: