Nuffnang Ads

Monday, October 6, 2014

Kita Adalah Brand Kita Sendiri.

Assalamualaikum wbt,

Setiap daripada kita adalah brand kita sendiri. Tak percaya? Saya pun ada brand saya sendiri, Akmall Razlan, tu adalah nama saya,well, Razlan adalah nama ayah saya but itu adalah saya, Nama saya adalah brand saya, saya sendiri adalah sebuah brand.

Kita semua adalah brand. Nak-nak kalau korang ada barangan sendiri or ada blog or apa-apa lah. Ada tak pun produk, nama kita, kita sendiri adalah sebuah brand. Jangan lupa itu. 

Baik, saya ada terbaca satu artikel yang ditulis oleh 1Klassifieds Team dan tajuknya adalah 6 ways to build your brand. Of course you need to have money start on something kan? Tu memang penting lah, build ni maksudnya membina not starting, so, consider this, you already have your own brand so, you nak build up supaya orang kenal your brand, kay??

Membina sebuah jenama adalah satu perkara yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Ia agak susah jika hendak dibina dalam jangan masa yang singkat boleh, tapi agak susah.  Ada 6 cara untuk membina jenama anda.

1. Tingkatkan kebolehpasaran produk atau perkhidmatan anda.

Now, dengan pelbagai social media sekarang, mungkin ada yang berfikiran bahawa traditional ways adalah tidak relevan. No, semua adalah relevan sebab semua ada pembaca mereka sendiri. Surat khabar, surat, newsletter, tv, radio dianggap sebagai cara lama dalam pengiklanan, namun, ia adalah sebenarnya cara yang berkesan dalam mengiklankan produk dan perkhidmatan anda. Kita boleh tingkatkan pendedahan produk dan perkhidmatan dengan pelbagai cara, social media seperti Instagram, Twitter, Facebook dan lain-lain social media mampu untuk memberikan exposure atau pendedahan yang banyak jikalau ia betul dengan caranya. Jadi, it is up to your company to give great amount of exposure. Let your company be heard. 

2. Susun pelan komunikasi yang berkesan untuk meningkatkan produk atau perkhidmatan anda.

Ini adalah sambungan daripada yang atas tadi, ini kerana, pelan komunikasi adalah penting bagi memastikan produk atau perkhidmatan anda be heard. Itu sahaja. Tetapi, your company needs to choose the perfect communication plan supaya saluran komunikasi itu adalah berpadanan dengan produk atau perkhidmatan yang anda sendiri tawarkan. Penulisan mesej yang senang untuk difahami adalah penting, ini kerana ia mampu memberikan pelanggan, potential customers, apa yang mereka inginkan dan it juga memberikan tindakbalas terhadap perniagaan anda. 

3. Jadikan produk atau perkhidmatan anda satu kebiasaan.

1.tahu siapa pembeli (target) anda.
2. apa yang mereka inginkan.

Jikalau ada tahu dua perkara ini, pastinya ada akan berjaya dalam membiasakan produk atau perkhidmatan anda. Jangan jadikan ia satu perkara yang menyusahkan bakal pelanggan anda dengan memberikan apa yang mereka sendiri tahu untuk menggunakannya. Semakin ramai orang biasa dengan produk atau perkhidmatan anda, semakin ramai yang akan tahu akan produk atau perkhidmatan anda, but make sure that your ways of handling your business is good sampaikan orang akan sebut-sebut. Disebut sebab positive not sebab negativity, okay?

4. Fikirkan message yang clear and consistent

So, apakah message yang ingin anda sampaikan? Message akan sampai kepada target audience JIKALAU anda buat research. But makesure that research yang anda buat ada hujung pangkalnya, jika tidak, rugi sahaja. A clear understanding of what moves your audience will make your advertising much more efficient.

5. Letakkan produk atau perkhidmatan anda sesuatu yang digemari.

Baik, apakah maksudnya? Seperti mana yang kita semua tahu, sesetiap produk dan perkhidmatan akan ada persaingan dan persaingan adalah penting bagi menentukan tahap ketakatan sesebuah produk atau perkhidmatan.  Ia boleh dilakukan dengan perletakan harga, label, office atau apa sahaja yang mampu untuk dijadikan penentu-unik kepada produk atau perkhidmatan anda. Itu sahaja.

6. Tingkatkan pasaran message produk atau perkhidmatan anda melalui kerjasama.

INi adalah apa yang orang perniagaan lakukan sekarang. Kerjasama, atau pernajaan. Ini mampu untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan yang ada sendiri tawarkan. Ingat tu. Tapi make sure yang produk atau perkhidmatan anda mempunyai 'matching key values' untuk diketengahkan supaya dapat dijadikan rakan kerjasama. JIkalau tidak, rugilah jalinkan kerjasama dengan produk atau perkhidmatan lain kan?

So, camne? okay? dan lagi satu, one last important thing, jikalau menginginkan keberkesanan dalam your branding, kita kenalah menjalankan survey untuk menentukan tahap message yang disampaikan kepada pengguna, bakal pengguna, pembeli dan bakal pembeli. Macam-macam boleh buat pun, blogs, mailings, surveys, in-store countertop techniques. Senang bukan? Result akan mampu untuk menentukan di mana anda berada. Then korang boleh boost up more or take a little bit to actually see the message, sampai ke tidak kepada audience kan?

Salah satu produk yang berjaya adalah D'Herbs dari Dato' Ariff Syukri yang memang meletup pom pang pom pang sekarang ni. Pemasaran dan pengiklanan yang bagus dan duit yang banyak, kita sebenarnya mampu untuk membina brand kita sendiri, tapi apa pun kena berani lah, macam Ariff Syukri ni, dia berani menjadi diri dia sendiri dan lihat dimana dia sekarang? D'Herbs menjadi rakan penaja Akademi Fantasia kayyy.. hebat tak? Hebat kan?

So, itu sahajalah untuk entry kali ni, tunggu next entry kayy?

Assalamualaikum WBT

p/s: boom boom pang!!

No comments:

Post a Comment