Nuffnang Ads

Tuesday, October 14, 2014

Minat dan Keputusan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Baiklah, untuk entry kali ni, saya nak cakap fasal minat dan keputusan. Yes, Minat dan Keputusan. 

Setiap orang ada minat mereka sendiri kan? Betul tak? ada yang buat Keputusan untuk pursue their minat buat ada yang cuba untuk menafikan minat mereka dengan membuat keputusan untuk bekerja selain daripada minat mereka.

Mungkin ada yang suka melukis, or menjahit, or buat event, semua tu adalah minat yang mampu menjana pendapatan, jikalau betul dengan cara dan sokongannya. Dan membuat keputusan untuk meneruskan minat adalah sesuatu yang amat besar. Saya maklum, mungkin ada yang kurang setuju dengan minat masing-masing sebab kadang-kadang katanya, kalau nak meneruskan minat yang menjana pendapatan ni, kenalah bersungguh-sungguh. 

Hello, kerja lain pun kena bersungguh-sungguh tau. Kerja sendiri mungkin pada mulanya agak payah sebab nama masih tidak dikenali dan mungkin tiada siapa yang tahu fasal apa yang anda buat kan? Jadi, itu mungkin kepayahan disaat mula, tetapi, jikalau kesungguhan ada, in shaa Allah, segalanya akan dipermudahkan. Banyakkan berdoa kepada Allah, nescaya Dia akan kabulkan pemintaan anda.

Jangan bezakan diri kita dengan orang lain, kita mungkin boleh berjaya dengan cara yang berbeza. Yang lain mungkin berjaya dengan cara yang lain. Jangan menidakkan keiinginan orang lain untuk berjaya dan jangan pula bila tidak berjaya dicakapkan,

"haaa.. tu lah, dah cakap dah dulu".

Jangan macamtu, keep give supports. Saya pun ada kawan-kawan yang memang tak putus-putus menyokong apa yang saya buat sekarang. Takde pun antara mereka yang menyatakan,

"eh, apa benda kau buat ni, tak baguslah. Baik kau cari kerja lain".

Maaf, takde sorang pun. Yang ada hanyalah mereka yang menyokong saya secara berterusan. Dan keputusan saya? I will tell you later on in entry yang mendatang. Boleh?

Assalamualaikum WBT

p/s: Baru lepas tengok Maleficient dengan How To Train Your Dragon 2. Best dua-duanya. haha
 

2 comments:

  1. Betul, follow your passion! You are good the way you are, keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak Yuni for the support. You really are a good friend.

      Delete