Nuffnang Ads

Saturday, October 18, 2014

Nasi Ayam Sedap di Bangsar, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum wbt,

Penat berfikir dan tak tau nak makan apa bila time lunch?

Korang penat makan masakan mamak? Duduk area Bangsar takde gerai makanan yang menjual nasi ayam yang berpatutan? Sepinggan RM5.00.

Jangan risau! Saya ada penyelesaiannya... haha.. tadi, saya dengan sepupu serta anak sedara pergi mencari gerai makanan. Cari punya cari, jumpa lah!!! Gerai ni gerai baru. Terletak di dalam kawasan masjid. So, yang tak bertudung kenalah bertudung bagi menghormati masjid kan.. gitu...

So! Tadi kami makan nasi ayam. Dan gerai tu juga ada jual air tea o ais.. tapi tu je la ada. Lain-lain air kena beli kat gerai yang ada kat situ jugak. Selang beberapa langkah je..

Then, risau juga mula-mula, takut tak sedap! Then bila dah rasa, alhamdulillah, sedapnyaaa... rasa sedap lah!! Saya suka.

Gerai ni betul-betul dalam kawasan masjid dan sebelah Bangsar Village.. yang kat jalan masuk parking tu... best!!

Nama gerai tu adalah seperti yang tertera di dalam gambar...

Tu je la kot... makanan sedap, tempat bersih, mana orang tak suka kan?

Assalamualaikum wbt

P/s: mengantokkk..

No comments:

Post a Comment