Nuffnang Ads

Wednesday, October 1, 2014

Rasionalisasi Subsidi : 20 sen Dikurangkan. Barang Naik!

Assalamualaikum WBT,


Vavah!!! heboh dah tadi harga minyak RON95 diturunkan subsidi 20 sen begitu juga dengan Diesel yang subsidinya diturunkan sebanyak 20sen.

Ada yang memahamkan bahawa, bila subsidi diturunkan makanya harga mintak tak naik. Walaweh, deknon belajar kat mana? Ni benda simple, kalau subsidi turun, harga naik. Nampak tak? nampak tak? Senang kan? Jangan pening-peningkan kepala.

Esok adalah tu berita pergaduhan ke hape fasal nak isi minyak. Limited lah, apa lah. Stesen minyak tutup lah, itu la, ini lah. Mesti ada punya. Entah-entah sekarang ni orang duk tengah beratur nak isi miyak. Mesti punyaaa.. confirm!

baik, tadi saya cakap kat mak saya.

"Harga minyak naik lagi... petrol, 20 sen".

Mak saya jawab,

"Harga minyak naik, tapi harga getah tak naik-naik. Dulu kalau harga bahan bakar naik, harga getah pun naik. Sekarang ni, takde dah. Apalah Najib fikir agaknya?"

Iya! Sekarang harga getah sekilo RM2.00, minyak RM2.30 seliter, lepas tak? harga beras sekilo? Harga bawang besar RM3.00 sekilo, bawang putih RM6.00 sekilo, bawang merah kecil RM6.00 sekilo, Bil air, bil elektrik, topup telefon, itu nasib baik udara tak kena bayar, kalau kena bayar? Takke kaya kerajaan.. kan?

So, jangan cakap masa nak bagi pembentangan nanti korang nak kurangkan harga minyak sebab permainan ini korang memang dah lama mainkan, bukan? Saya ada perkara yang saya sokong, tapi TIDAK SEMUA. Maaf. Kemudahan diberikan, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah atas rezeki yang diberikan melalui kerajaan yang ada sekarang, NAMUN, ada banyak jugak perkara yang menjadi tanda tanya dan ia menjadi satu perkara yang mampu untuk menidakkan segala yang diberikan.

Malas nak cakap contoh, letih. Banyak sangat contoh. Fikir lah sendiri.

Dah, semua pakat jalan kaki je lah. BTW, kepada yang booking Perodua Axia tu, masih nak teruskan dengan booking ke?

Assalamualaikum WBT

p/s: pening jap. kena tido awal nih.
SUMBER 

No comments:

Post a Comment