Nuffnang Ads

Friday, November 7, 2014

Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014. Siapa menang?

Assalamaulaikum WBT,

Apa khabar semua? Akademia Fantasia 2014 sudah berada di penghujungnya. Saya sempat buat 2 episode je kot, sorry lah, takde masa sungguh, lagipun jarang sungguh saya tonton AF 2014 sepenuhnya, kadang-kadang ada keje, so susah la sikit nak concentrate dengan AF, maaflah ye.

Tetapi saya tahu jugak lah siapa yang dapat pergi ke pentas akhir. Mereka adalah :

Nuha, Ewal, Aman, Firman dan Adele (pelajar Serap, tersingkir dan diserap kembali)

Kalau nak ikutkan, saya memang suka Nuha. Dia memang lain lah dari pelajar yang pernah dikeluarkan oleh AF, lagipun, dia memang fresh. Suka perwatakan dia dan suara dia memang best! budak ni memang gila best suara dia, masa dia nyanyikan lagi Datuk Khadijah Ibrahim, makaigh!!! memang gila lahhh.. hebat macamne tah! gila nau-nau... suka! Mungkin dia akan menjadi juara seperti Mila dan Stacy? mungkin...

Ewal pulak, stage presence dia memang hebat, lagipun dia memang ada banyak pengalaman dah. Dia menyanyi sejak kecil lagi, plus, suara dia memang best. Kedengaran sungguh profesional. Suka jugak dia. Adakah kelebihannya akan dijadikan taruhan? Adakah Ewal akan menjadi juara? Mungkin... kita nantikan...

Aman. Hmmm.. budak ni memang menunjukkan perkembangan yang sungguh memberangsangkan. Kalau nak ikutkan kemampuan vokal, jauh lebih rendah lah jika dibandingkan ke lima-lima pelajar, tetapi dek kerana wajahnya yang keanak-anakan itu, ramai yang jatuh hati dan mengundinya. Adakah dia juara? kita nantikan nanti.

Firman mempunyai suara yang serak-serak basah ala-ala Tam Spider. Tapi kita ada Tam Spider dah, kita nak Firman. *nampak macam pengkritik hebat tak? haha.. Tapi memang tak dapat dinafikan, suara Firman memang best. Saban minggu dia membawakan lagu yang diberikan dan dipilih mengikut nalurinya sendiri. Kadang tepat, kadang missed tetapi sudah sampai ke minggu akhir, adakah dia akan menjadi juara? hmmm...

Adel. Terkeluar pada minggu ke-7 dan diserapkan semula oleh para tenaga pengajar dan memberikannya peluang kedua dalam Akademi Fantasia. Sebenarnya, Muna juga disebut-sebut oleh tenaga pengajar untuk diserapmasuk, namun, apakan daya, rezeki lebih berpihak kepada Adel. Sebenarnya, suara Adel ni masih lagi di tahap kena polish banyak. Kena ada banyak sebab ia kedengaran raw dan agak keras. Entah kenapa, mungkin telinga saya ni lain macam sikit kot, tapi itu la kalau ikut telinga saya pon. Memang dia ada suara yang bagus, cuma, penghayatan dan lenggok tu kena padanlah... kalau straight je.. baik nyanyi karaoke ye dak? Tapi adakah undian akan menyebelahi Adel? Kita nantikan di malam kemuncak segalanya...

Okay lah, itu sahaja ingin saya kongsikan, kepada peminat, sila la tengok nanti yer, kepada yang bukan peminat *sejurus selepas Azwan terkeluar, jangan la macamtu, tengok je la kay? komen tetap komen, kritik tetap kritik...

Assalamualaikum WBT

p/s: nak tahu tak lagu terbaru dorang ni?

No comments:

Post a Comment