Nuffnang Ads

Wednesday, November 26, 2014

Lawatan Rasmi ke Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua? Sihat tak? Kalau sihat bagus. Alhamdulillah...

Okay, ni nak cerita fasal kejadian this last Sunday. Haaa.. takde la kejadian hebat sangat, cuma aritu kami pergi ke Islamic Art Museum Malaysia yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Memang fefeling tourist sangat lah... hujan pulak.. lagi mampus...

Memang time hujan pon pergi, so, hadap je lah... lagipun nak cakap apa kan? Hahahaha...

Mulanya, saya memang tak pernah menjejakkan kaki ke Museum Islam, kalau National Museum tu biasa sangat lah.. itu pun sekali je... hahaha.. vongoks tak? Museum kan? Sapa nak pergi, lain lah kalau ada kajian lapangan ke, nak tahu sejarah ke, nak tengok artifak ke, gigihlah menapak ke museum2 di Malaysia ni...

Entrance Fee untuk ke Museum ni adalah RM14 for adults tapi kalau ada student card, so, separuh harga, sama dengan children, separuh harga gak. So, agak berpatutan lah untuk melihat macam-macam artifak-artifak hebat zaman Islam di sini. Bagus tau.

Sebab kami ada hal, tak sempat sangat nak melihat dengan lebih dekat artifak di sana, tapi ada artifak yang memang saya ingat sampai sekarang adalah Ivory Chair dari Zaman Islam di India. Yes! Cantik? Sangat cantik okay!!! Dalam tu talley amik gambar tapi kalau tak guna flash, boleh je kot.. hahaha.. saya amik je, but not all la, just a few... takut jugak. Tetiba kang kena tangkap ke.. kan?

Then kami pergi masuk ke kedai cenderahati yang menjual bermacam jenis cenderahati yang mampu membuat mata anda jadi juling. Hahaha.. hati-hati, jangan amik banyak sangatt.. hahaha...

Dah la, nak makan nihhh...

Assalamualaikum wbt

P/s: laparrr...

No comments:

Post a Comment