Nuffnang Ads

Wednesday, November 19, 2014

Spageti dengan kuah hati ayam.

Assalamualaikum wbt,

Seperti yang dijanjikan semalam, saya ada masak spaghetti dan saya buat kuah yang agak berbeza. Apa resepinya? Meh saya tulis.. baca tau sebab ia boleh dikatakan sebagai satu resepi yang mudah dan memang jimat. Yasss, zaman sekarang ni nak jimat je kan?

Baik, mula-mula, kalau korang pergi grocer ke or market je, pergi cari tomato, kalau malas beli tomato biji-biji tu, sila beli yang dalam tin, tapi makesure bukan puree kay? Sila cari yang ada diced punya,baru sedap!

Then, cari pulak, kuah tradisional yang dah dimasakkan yang dalam jar tu, sebab sebagai campuran dan perasa bagi lagi sedap. Then, carilah, hati ayam. Ini adalah rahsianya, hati ayam. Kalau korang beli timbang kilo tu, takyah la beli sampai 4 kilo, bukan nak buka restaurant, kan?

Then bawang besar, bawang putih, lada hitam sikit, dan Italian Herbs. Ni sedap! Italian herbs akan membuatkan masakan kita rasa Italy. Gituhh..

Then of course, spaghetti lah.. macamne nak masak spaghetti kalau takde spaghetti kan?

Now, chop bawang besar, bawang putih halus, then masukkan kedalam minyak dalam kuali or periuk. Tunggu sehingga sedikit layu, masukkan chopped hati ayam *ikut korang lah nak letak banyak mana.. kan? Agak2 je la... 4 or 5 okay dah kot... then biarkan ia seketika untuk agak masak. 

Bila dah dalam 3-4 minit, masukkan canned diced tomato dan kuah spaghetti yang dibeli tadi tu untuk perasa. Kacau dengan api sederhana all the way. Masukkan garam, lada hitam halus, italian herbs ke dalam.

Then tunggu sehingga hati ayam agak-agak masak. Sambil menunggu hati ayam, sila lah ambil periuk dan masukkan air dan panaskan di atas dapur. Ini adalah untuk memasak spaghetti kita. Masukkan sedikit minyak zaitun dalam 2 sudu makan, dan sedikit garam. Biarkan sehingga ia mendidih. Setelah mendidih barulah kita masukkan spaghetti yang kita beli tadi. Masak sehingga 8-9 minit.

Then bila semua sudah masak, sedia untuk dihidang! Okay kan? Mungkin ada yang bertanya,

'Eh? Tak hanyir ke hati ayam tu?'

Jawapannya, tak, sebab kita ada tomato yang agak masam yer dan ia akan me-neutralise-kan bau hanyir hati ayam tu... okay?

Okay, itu sahajalah untuk resepi kita kali ini, nenanti saya update lagi resepi bujang trang tang tang, ok?

Assalamualaikum wbt

P/s: kenyang perut saya. Tapi ratio untuk semua tu, agak-agak je la eh.. janganlah banyak sangat... kay?

No comments:

Post a Comment