Nuffnang Ads

Thursday, November 6, 2014

Tanah Runtuh Di Cameron Highland dan Tiada Signal Komunikasi!!!

Assalamualaikum WBT,

Lama sungguh tak menaip guna keyboard laptop ni, rasa kekok sungguh lah... haha.. takpe-takpe, lama main ngan laptop ni, cuma tu la, kadang-kadang update guna phone kan? Jadi! ni nak cerita la fasal apa yang saya dapat ulas sedikit mengenai tanah runtuh di Cameron Highland. Sudah dua tahun kan perkara seteruk ini berlaku.

Tadi saya sempat menonton laporan yang disediakan oleh RTM 1 dan mengulas mengenai tanah runtuh ini. Dikatakan, jalan masuk untuk ke Lembah Bertam di CH ini telah terputus dan jambatan dikawasan itu juga telah terputus. Dan menambah kepada masalah, TIADA SIGNAL ALATAN TELEKOMUNIKASI apabila wartawan dan pasukan menyelamat berada di situ. SEE? TIADA SIGNAL ALATAN TELEKOMUNIKASI. Tau tak betapa pentingnya ia sekarang kan? Saya bukan nak menempelak pihak-pihak yang ada, tetapi, signal alatan telekomunikasi ini adalah penting untuk berkomunikasi. 

Ini yang saya tulis sekian kalinya di blog saya sendiri. Ada juga saya tweets, IG, Facebook namun, suara saya hanyalah suara kecil. Saya juga ada tulis fasal dikatakan 1000 signal towers akan dibangunkan diseluruh Malaysia, apakah ini? Ini kalau tak silap saya diuar-uarkan pada akhir tahun 2013 dan pertengahan tahun 2014. Apa benda ni? Janji ke apa sebenarnya? Saya malas nak linkkan article, cuma kalau anda nak tahu, search je la 1000 signal telekomunikasi di Google, nescaya akan keluar, nak-nak daripada Sinar Harian.

Sekarang, bila jadi benda macamni, barulah ke sana, ke sini. Salah sana, salah sini. Macam ada dalam laporan tadi yang ditemubual oleh wartawan tersebut. Orang itu berbangsa Tiong Hua dan dia adalah pengusaha pelancongan di CH. Dia ada mengatakan bahawa kawasan tanah runtuh itu adalah jauh dari tempat perlancongan dan dia mengatakan bahawa salah satu daripada punca tanah runtuh itu adalah daripada sampah sarap yang dibuang oleh orang terutamanya pekerja-pekerja asing di situ dan dia meminta daripada pihak kerajaan mengadakan latihan kepada pekerja asing ini untuk bekerja disitu. 

Ini saya tak tau la nak komen apa. Pening jugak. Tapi apa-apa pun, esok akan ada satu helikopter dari KETTHA dan ada timbalan menteri sekali untuk meninjau keadaan tanah runtuh di CH. Memintak menteri tu pakai baju biasa-biasa je la sebab takut nak tolong ke nanti kan, at least bersama rakyat, tak gitu?

Apa-apa pun, tolonglah adakan satu signal tower di Kampung Jenud ni, yang kecil pun takpe, susah sungguh nak berkomunikasi. Sekolah menengah tak lama nak ada, signal telekomunikasi masih ditahap rendah. Macamne nak kearah negara maju 2020? jawab?

Assalamualaikum WBT

p/s; please, susah sangat nak berkomunikasi. Ke mana lagi harus saya channelkan my worriness ni? huh?

No comments:

Post a Comment