Nuffnang Ads

Wednesday, December 3, 2014

Movie Review : Big Hero 6

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semuanya? Mesti anda semua sihat kan? Kalau sihat, alhamdulillah, syukur kepada Allah. Baiklah, tadi saya dan anak-anak sedara saya, 3 orang, Fahim, Akim dan Wiwi sempat pergi menonton wayang.

Cerita apakah? Mestilah cerita  Big Hero 6! Yang menceritakan kehebatan ilmu sains dan robotic. Kalau betul-betul la ada camtu, memang best lah kan??? Hahaha.. Baymax, robot 'nurse' yang berwarna putih dan gebu. Robot ini dicipta khas oleh abang Hiro iaitu Tadashi *kot... untuk digunakan bagi menjaga orang sakit. Little did they know, Tadashi terlibat dalam kemalangan kebakaran menyebabkan Takashi hilang nyawa.

Namun, ada sesuatu yang terjadi selepas Hiro berjumpa dengan Baymax. Bermulalah misi untuk mencari keadilan terhadap kematian abangnya serta rakan-rakan karib abangnya, iaitu Go Go, Wasabi, Honey dan Fred. Masing-masing diupgrade oleh Hiro dan membuatkan ciptaan mereka menjadi senjata mereka yang mampu melindungi mereka. Seronok dengarnya bukan?

Iyaaaaa!!! Memang seronok! Pelbagai aksi-aksi menarik yang dipaparkan dalam movie ini. Sungguh kelakar dan sungguh mengharukan. Seronok!!! Panggung penuh dengan gelak ketawa anak-anak kecil dan juga adults yang rata-rata berpuashati dengan movie ini.

Best woii..kepada yang tak sempat nak tengok, cepatlah tengok
..best!!!

Assalamualaikum wbt

P/s: saya bagi, 5/5 bintang!!!

4 comments: