Nuffnang Ads

Friday, December 26, 2014

Majlis Keselamatan Negara : Pengisytiharan Darurat Bencana.

Assalamualaikum WBT,

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, baiklah, pada 2 hari lepas kita telah dikejutkan dengan cubaan untuk mengadakan Konsert Ambang Tahun Baru Ambank 2014 namun, atas dasar hormat dan kritikan daripada pelbagai pihak, Konsert tersebut telah pun dibatalkan dan ia memberikan seribu makna kepada mereka yang terkesan dengan banjir.

Bukan apa, apa guna bersuka ria jikalau orang lain bertarung nyawa untuk hidup mereka bukan? Jadi, ini adalah satu perkara yang cukup bagus dan diberitakan semalam, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang yang dikhabarkan kini berada di Hawaii atas dasar kerja telah meluluskan Bantuan Banjir sebanyak RM500juta untuk setiap negeri yang terkesan. Alhamdulillah...

Saya juga ada sempat terbaca post FB dari Abang Ben, photo sebenarnya, dia mengepost satu gambar Majlis Keselamatan Negara, ia berbunyi,

BAHAGIAN VIII: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA

PERKARA 25: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA

42.(i). Pengisytiharan Darurat Bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif YAB Perdana Menteri atas syor JPBP, tertakluk kepada undang-undang dan tatacara Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.

(ii). Apabila diisytiharkan sebagai Darurat Bencana, pengurusan Bencana serta bantuan dan Pemulihan kepada mangsa-mangsa Bencana akan dikendali dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan mengikut Kementerian/Jabatan yang berkaitan.

Apa-apa pun, bak kata TPM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 

tak perlu isytihar darurat, sebab apa yang penting sekarang adalah bagaimana kita hendak selamatkan rakyat kita yang dalam kesusahan ini. Tak apalah belanja lebih sedikit sebab yang penting adalah nyawa rakyat kita sendiri.

Jadi, apa-apa pun, kita perlu banyak berdoa kepada Allah SWT supaya segala dugaan ini di berikan hikmahnya. Amin.

Assalamualaikum wbt

p/s: sharing is caring. Yes, It is.

2 comments:

  1. peruntukkan tersebut bukan dari Perlembagaan Malaysia, mohon semak!

    ReplyDelete
  2. itu bukan dari perlembagaan lah. Itu dari ARAHAN MKN 20.

    ReplyDelete