Nuffnang Ads

Wednesday, December 10, 2014

Program Anak Angkat Kursus Kepegawaian Belia dan Sukan (KKBS) 2014 di Kampung Jenud. Informasi.

Assalamualaikum WBT,

Haa.. ni nak ada selingan sedikit, masih berkisar tentang Program Anak Angkat Kursus Kepegawaian Belia dan Sukan (KKBS) 2014. Sebenarnya, mereka *anak angkat adalah pegawai-pegawai Belia dan Sukan yang akan ditempatkan di seluruh Malaysia. Haa.. camtu lah,..
http://www.kbs.gov.my/index.php/en/berita-fix/10501-majlis-perasmian-dan-penyerahan-anak-angkat-kursus-kepegawaian-belia-dan-sukan-2014

Sebenarnya mereka ini telah diserahkan kepada keluarga angkat sejak 6 Disember 2014 lagi, tetapi ini bukanlah modul mereka yang pertama, mereka da bermacam jenis modul yang dilaksanakan bagi memahami pentadbiran dan kaedah perlaksanaan program. Difahamkan mereka telah bermula sejak 3 bulan yang lalu.

Dirumah saya pun ada juga ank angkat, tetapi dia muda lah dari saya, so, adik angkatlah kan, gituh... orang Kajang dan Azrin namanya, so, lepas ni kena panggil Tuan Azrin lah kan? Difahamkan, mereka telah dipadatkan dengan program-program yang mencabar mereka dan selepas program Anak Angkat ini mereka akan ditempatkan di merata tempat dan institusi bagi menjalankan tugasan mereka.

Saya tak sempat sangat kenal dengan semua mereka, tetapi saya sempat kenal Azrin, KA, Aftal, pegawai-pegawai wanita, sebab tahu nama je lah, camtulah, sebab saya pun tidaklah terlibat secara langsung dalam program mereka ni, setakat tahu camtulah, tapi itu sudah cukup untuk saya melihat bagaimana cara kerja mereka. 

Sedikit sebanyak saya belajar juga daripada mereka dan ini adalah perkongsian yang sihat dan mampu menjadikan program ini salah satu daripada perkara yang mampu menyumbang kepada komuniti setempat.

Saya juga bangga kerana kampung kami dipilih menjadi lokasi untuk anak-anak angkat pegawai ini menimba pengalaman. Sungguh bermakna bagi kami sekampung. 

Pada esok pagi, semua keluarga angkat akan menyerahkan kembali anak-anak angkat pegawai kepada urusetia yang mana ia akan berlangsung di Kompleks Rakan Muda Dong. Selepas daripada itu, mereka akan ada satu lagi modul, iaitu modul Sahsiah dan selepas itu mereka akan di-postingkan, maka bermula lah satu lagi lembaran kehidupan...

Awal tahniah saya ucapkan. :)

Assalamualaikum WBT

p/s: one day you'll search this blog and you'll know, its Me who wrote this. haha.. :) good luck and have great lives Pegawai sekalian. Peace luv.

No comments:

Post a Comment