Nuffnang Ads

Tuesday, December 9, 2014

Program Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan di Kampung Jenud.

Assalamualaikum wbt,

As mentioned on last night entry, semalam di Kampung Jenud, kami ada program Anak Angkat yang datangnya dari Program Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan kan?

Jadi, semalam jugaklah ada program Suara Bintang Emas, pertandingan karaoke yang dijurikan oleh Arip Kilauan Emas dan Lee Gitaris Meditasi, * maaf, kalau salah nama, saya kurang kenal.. hehehe...

Apa-apa pun, ramai bakat2 yang mempunyai suara-suara yang best belaka. Anak-anak kecil pun ada, then ada jugak kaum-kaum ibu serta bapa yang membuat persembahan dengan bagusnya.

Majlis juga dihadiri oleh YB Dato' Aziz bin Mat Kiram, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, beliau juga adalah Timbalan Ketua UMNO Raub. Beliau melahirkan rasa bangga dan puashati terhadap program anak angkat ini dan seterusnya berterima kasih kepada YB Dato' Khairy Jamaludin #dkj yang tidak putus-putus menambahbaik serta menaikkan nama pemuda-pemuda di persada Malaysia dan dunia dan yang juga bakal menjadi pemimpin pelapis kelak. Tahniah KJ.

Majlis diakhiri dengan persembahan Arip Kilauan Emas yang mendendangkan 2 buah lagu, iaitu Ibu dan Hakikat Sebuah Percintaan.

Assalamualaikum wbt

P/s : best suara Arip tu... clear betul!
P/s: yang pakai kain pelikat tu Ayah saya.. sempoi? Gahahaha...

No comments:

Post a Comment