Nuffnang Ads

Tuesday, January 13, 2015

Kanser atau Barah. Sejauh mana kita ambil tahu?

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya sempat menonton satu temubual di Bella NTV7 yang menceritakan fasal Cervical Cancer yang dihidapi oleh ramai wanita dan tadi sebagai tetamu survivor adalah Puan Faridah Muhammad yang pada mulanya tidak mengetahui yang dirinya mendapat cervical cancer, namun, selepas beberapa tahun, dia mendapat tahu yang dia menghidap cervical cancer. 

Baik, mungkin ramai yang tidak tahu, cervical cancer adalah satu jenis cancer yang amat berbahaya kepada wanita, ia berlainan dengan breast cancer. Pada permulaannya, sebenarnya, cervical cancer ini tidak mempunyai simptom. Namun, kita boleh melihat kepada kitaran haid atau mungkin mempunyai kitaran haid yang agak lama, itu boleh dijadikan sebab untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan rujuk kepada doktor untuk membuat check-up. Tidak salah untuk ambil langkah awal pencegahan atau rawatan. Ia diri kita, kita kena sendiri jaga diri kita.

Mengikut Livescience.com terdapat 10 cancer yang amat berbahaya dan mampu membawa kepada kematian dan mereka adalah,

1. Lung and Bronchial Cancer
2. Colon and Rectal Cancer
4. Pancreatic Cancer
6. Leukemia
7. Non-Hodgkin lymphoma
8. Liver and Intrahepatic bile duct Cancer
9. Ovarian Cancer
10. Esophageal Cancer

Tapi ini adalah jenis-jenis cancer yang di ambil yang berlaku di United States of America, di Malaysia, kesedaran terhadap cancer ini amatlah kurang sebenarnya, kalau di kampung-kampung, masih ada yang tidak tahu apa itu barah serta simptom. Sebenarnya, ada jenis-jenis cancer mampu diubati tetapi, di Malaysia, apabila kita dengar sahaja doktor cakap kita dapat barah or cancer, yes, it is almost like a death sentence tetapi itu tidak bermakna kerja harian or kita akan mati esok. Tidak! Jangan fikir camtu, tapi puan Faridah tu cakap, kita kena kuat. No matter what, yes, kita ada sakit tapi kalau kita tak kuat, siapa lagi yang akan sokong kita. No one wants to be like, weak or something.

Dan sebenarnya, ayah saya sendiri ada cancer. Prostate cancer, tahap 2 kalau tak silap saya. Pada mulanya kami semua terkejut, tapi apabila pergi ke doktor pakar dan ayah sendiri bagitau yang peluang untuk baik itu ada selepas makan ubat dan semua, rasa lega itu ada. Namun, ada banyak lagi perkara yang perlu diimprove untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk. Pengurangan dari segi rokok juga adalah penting dan pemakanan adalah juga penting untuk pencegahan. Tapi iya la.. orang tua kan, nak buat camne...

Dikatakan Prostate Cancer adalah berkaitan dengan gene, darah, genetic and whatnot, I do not know but surely, one day, saya sendiri akan mengambil langkah untuk check up for this kind of sickness. Yes. Why not kan?

Itu je lah, tapi kita semua patut mengambil langkah berjaga-jaga kan? Sakit datang sebagai ujian, tetapi itu lah, jangan tunggu sampai teruk baru nak tahu... macam saya, ada gout. Tunggu sakit sangat baru nak control makan...no! jangan.. bahaya...

Dahla.. itu jela kot...

Assalamualaikum WBT

p/s: penimbang rosak!!! malas nak check timbang.. hahaha

No comments:

Post a Comment