Nuffnang Ads

Saturday, January 3, 2015

Kelahiran dan Kewafatan Baginda Rasulullah.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? 

Tadi saya dan keluarga sempat ke masjid di kariah kami di sini, ada ceramah Maulidur Rasul yang bertajuk, Kelahiran dan Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Takde apa-apa masalah, cuma biasa lah kan, kalau ceramah agama, agak kurang audiencenya, boleh kira-kira dengan jari gitu, kan, mana-mana lah. Itu perkara biasa sebenarnya.

Baiklah, isi ceramah tadi, well, lebih kepada tazkirah sebenarnya, better panggil tazkirah kan? Sebab maksud tazkirah itu sendiri adalah mengingati. Tazkirah dimulakan dengan cerita kelahiran Baginda iaitu, Baginda dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal, pada hari Isnin dan mengikut ulama-ulama bersependapat bahawa, tarikh itu juga adalah hari Baginda wafat dan ia juga tarikh di mana kali pertama Baginda menjejak kaki ke Mekah. *or Madinah, saya tak ingat. 

Tadi Ustaz tu bercerita fasal Abu Lahab, di mana ada satu surah dikhususkan untuk Abu Lahab iaitu surah Al-Masad. Hebat Abu Lahab ni, dia dijadikan sempadan kepada kita semua sebenarnya. Untuk pengetahuan semua, Abu Lahab adalah bapa saudara kepada Nabi Muhammad yang pada mulanya amat suka dan gembira melihat Nabi Muhammad lahir ke dunia namun, selepas Nabi Muhammad mendapat wahyu daripada Allah SWT dan diangkat menjadi Rasul terakhir, maka Abu Lahab amat marah dan sungguh berdukacita. Sudah pasti anda pun tahu kan akan kisah Abu Lahab.

Baginda juga menempuh pelbagai peristiwa yang mampu meruntun hati sesiapa yang mendengarnya kan? Baginda menempuh duka dalam pelbagai situasi. Dan di akhir hidup Baginda, diriwayatkan, Baginda tidak pernah bersembahyang seorang diri dan di akhir hidup Baginda, Baginda banyak meninggalkan pelbagai nasihat untuk kita umatnya. Baginda ingin kita mengikut cara hidup Islam dan meninggalkan segala larangan. 

Dan ada satu ayat yang diturunkan oleh Allah SWT dan ia mengatakan Allah sudah menurunkan satu agama yang cukup sempurna yakni Islam dan Allah SWT redha dengan Agama (Islam) tersebut.

Oleh itu, saya tidaklah menjadi pendakwah atau apa, cuma saya juga ada kekurangan saya sendiri, tetapi tak salah kalau kita sendiri ambil langkah untuk berubah kepada yang kebaikan bukan? Jom!

Assalamualaikum WBT

p/s; bukan senang nak berubah, ia memerlukan sokongan kuat.

No comments:

Post a Comment