Nuffnang Ads

Friday, January 16, 2015

Kenaikan Harga Tambang Bas, Apa Kata SPAD?

Assalamualaikum WBT,

Sehari lepas saya ada terbaca satu artikel di The Star Thursday 15 January 2015, fasal Harga Tambang Bas dengan tajuk, "Hike in schoolbus fares".

Just for you information la kan, bas memang menjadi salah satu daripada public transport yang saya sendiri suka guna dan even masa dulu masa saya sekolah menengah, bas memang satu-satunya transport yang kami ada.

Seawal 6.30 pagi menunggu bas dan sampai di sekolah pada pukul 7.20 -7.30 pagi setiap pagi waktu persekolahan. Kalau hari Sabtu, mungkin lambat sikit sebab kena ke luar untuk ambil bus. Kampung tidak seperti bandar.

Dahulunya, tambang murah, dan saya masih ingat, kami menggunakan Pas Bulanan dan pada masa itu jumlah Pas Bulanan hanyalah sekitar RM30-RM40 sebulan. Alhamdulillah, namun, zaman makin berubah, macam-macam perubahan ada, *walaupun kan. Dan sekarang, pada tahun 2015 ini, Pas Bulanan telah meningkat sehingga RM90 sebulan. Bayangkan jikalau seseorang itu ada anak mungkin lebih daripada DUA orang untuk ke sekolah?

RM90 x 2 orang = RM180 x 9 *at least full months = RM 1620.00 untuk at least 9 bulan full.

Banyak kan? Bagaimana ia boleh naik sedangkan diesel turun? Itu yang paling memeningkan.

Now, dalam artikel dari R.S.N. Murali, dia mengatakan bas mengenakan RM27.43 bagi kilometer yang pertama dan RM2.05 bagi kilometer yang seterusnya dan ini di kawasan Bandar dan mereka terikat dengan Commercial Vehicle Licensing Board. Bagi mereka yang berada di kawasan kampung, rural area, parents membayar lebih murah iaitu RM 20.62 bagi kilometer yang pertama dan RM2.02 bagi kilometer yang seterusnya.

Oleh sebab harga meningkat dan sebagainya, ada keluarga menggunakan kereta sendiri untuk menjimatkan duit dan masa. Seperti anak sedara saya dan juga sepupu serta jiran saya, mereka bergilir-gilir untuk menghantar dan mengambil mereka yang bersekolah. Ini lebih menjimatkan dan kos untuk mingguan boleh dikongsi bersama.

Jarak dari Kampung Jenud ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dong lebih kurang 20 - 25 kilometer dan ini memang dapat menjimatkan wang. Jadi, ramai keluarga yang mempunyai kereta berkongsi untuk menghantar dan mengambil anak mereka. Itu lebih baik bukan? 

So, mungkin ini salah satu daripada penyelesaian yang boleh digunakan, or mungkin ini adalah satu-satunya penyelesaian yang ada. Di tempat kami ni, perkhidmatan bas yang diusahakan oleh syarikat bas Pahang Lin Siong adalah satu-satunya di sini. Tetapi, di Raub ada Bas MARA yang diusahakan sendiri oleh MARA untuk mengambil dan menghantar pelajar, namun, saya kurang arif fasal tambang yang dikenakan. Seingat saya, MARA diusahakan oleh orang Melayu dan saya rasa tambang mereka mungkin lebih murah daripada Pahang Lin Siong...

Tapi apa-apa pun, diharapkan dapatlah SPAD mengambil tindakan apa-apa untuk mengurangkan beban kedua-dua belah pihak. Mungkin dengan mengurangkan tambang ini dapat memikat semula ibu bapa untuk menggunakan perkhidmatan bas.

Tu lah, mahal kan? Sekarang minyak okay, kalau harga minyak hiking jugak Takke parah? mampus.. takde sorang pun nanti pergi sekolah... hahahha.. tak tercapailah Wawasan 2020... ummm... 5 tahun je laggiiihhh deknonn...

Assalamualaikum WBT

p/s : Mungkin ada nanti mereka yang mengusahakan perkhidmatan angkut-angkut ni secara illegal... kan? hihu...

No comments:

Post a Comment