Nuffnang Ads

Wednesday, January 14, 2015

Macam-macam jenis isu!!! Pening.

Assalamualaikum WBT,



Minggu lepas serta minggu ni, banyak sungguh isu-isu kontroversi yang mampu menggugat keamanan manusia sebenarnya.

Macam-macam jenis perangai manusia yang kadang-kadang berteraskan pelbagai jenis teras yang cuba dikembangkan. Ada yang berasaskan politik, ada yang berasaskan keinginan sendiri, ada yang berteraskan keagamaan, ada yang berteraskan kepentingan sendiri. Macam-macam. 

Tapi iya la, kita sebagai manusia memang tak pernah lari daripada masalah or kontroversi. Saya sendiri pun sering ada masalah. Hehe... tapi kita sebagai orang Islam, kepada siapa kita mengadu? Kepada Allah SWT kan? Mungkin pandangan orang yang luar daripada agama kita, anutan mereka berbeza, TETAPI, jikalau nak difikirkan ikut berlawanan, payah lah. Agama ni ada sesuatu yang lebih daripada kepercayaan. Kalau dalam bahasa Inggeris tu dipanggil Faith atau Iman. Iman tu dia abstrak, bukan boleh ditulis dengan apa-apa. Mungkin boleh dipaparkan dengan perbuatan, percakapan, sifat, tetapi, ia sebenarnya lebih hebat daripada itu.

Iman ni indah. Cantik, terletak. Mungkin apa yang berlaku di seluruh dunia sekarang membuatkan Islam sebagai satu agama yang radikal, ganas, atau mereka panggil the religion of terrorists. Kenapa? Ini adalah mainan mereka. Mereka menyalahkan sesuatu pihak untuk menutup perlakuan mereka. Hebat kan? Tetapi, malas la ulas panjang fasal tu. Cuma sekarang ni, nak cakap fasal Iman.

Saya mungkin bukan seorang ustaz yang mampu membawa dakwah seperti yang dipaparkan di dalam TV, tidak. Saya tak pandai. Mungkin saya hanya berdakwah kepada diri saya sendiri dalam memperbaiki diri. Bagaimana kita hendak mengubah orang lain sedangkan diri sendiri masih dalam frasa pembaikan? Kan? Ini penting sebab di zaman sekarang ni, macam-macam orang boleh buat.

Nak pulak zaman sosial media, kita cakap baik kat sini, kat sana kita cakap itu ini. Ini semua sebenarnya ada pros and cons. Apa pun, it is the best for us to keep things to ourselves and to self betterment where its the best thing ever to yourself. Teruskan kearah perubahan kebaikan. Siapa cakap kita tak mampu berubah? kan?

Itu je la kot, mungkin tak banyak, tapi kukuhkan iman, kurangkan kontroversi.

Assalamualaikum WBT

p/s: be kind to one another.

No comments:

Post a Comment