Nuffnang Ads

Thursday, January 22, 2015

Mossip-Mossip Mak Jemah : Balik Hawaii.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua uolssss!!! Alhamdulillah, Jemah dah balik dari USA Hawaii, aritu dah baliknya, sebelum AJL ke 29 lagi tapi sebab jetlagged, Jemah amik keputusan untuk menggunakan masa after AJL tu sampai semalam untuk tido. 


Sakit badan-badan ni main golf uols, dilantak pulak si Michelle tu mengajak Jemah senokeling, kau rasa??? Takke letih nak senokeling keliling Hawaii tu.. patutlah  badan Michelle tu cantik... Jemah menyelam je, terus Jemah cakap kat M tu,

"Sorry dear, I cannot go already, this is too tiring, U go first lah".

Jemah pun balik ke Hotel, takkk koser uolsss... then after semua-semua tu habis, Jemah amik keputusan untuk balik ke Malaysia ni haaaa... malas duduk lelama kat negara orang.. katanyah!!! Then Jemah pun prepare untuk Anugerah Juara Lagu ke 29...

Jemah excited ni untuk tengok AJL 29 iya lah sebab AJL ke 28 memberikan impak yang hebat dalam diri Jemah sendiri, menyaksikan Hafiz serta Komposer LY dan Baiduri dengan lagu Bahagiamu Deritaku, Jemah amat terpaku dan sangat dapat relate dengan lagu tu... Perjalanan AJL ke 28 jugak sungguh hebat...

Pasang je TV, jemah tunggu dengan penuh sabar. Memulanya, dihidangkan dengan drumming dari drummer Malaysia dan muncul Dato M. Nasir yang handsome gila tu, Jemah suka!!!

Then, bila nak iklan, tetiba ada DS Vida, Jemah kawan baik nau-nau dengan DS Vida tu, sebab tu Jemah putih.. hmmm.. then bila nak start show ada jugak DS Vida, memula Jemah rasa, takde ni, sebab sponsor kan? Then kena la airing camni, then A.G. and Scha mula mengucapkan tagline tu.. Qu Puteh Qu Puteh, Barulah Puteh. Jemah rasa!! Wtheck.. this is not WHI. Kau rasa? WHI lagi bagus dari ni...

Jemah rasa, kalau rancangan terbaik lagu yang selalu AJL menang, kuat hari Jemah mengatakan mungkin AJL 29 TAKKAN menang sebab terlalu... hmmm... banyak iklan. Fokus berubah dan Jemah tak dapat jugak nak fokus dengan apa yang terjadi, kadang-kadang jemah terpaku sebab siapakah yang bertanding ni... Jemah sendiri penah dengar DS Vida menyanyi dalam rancangan tajaan beliau juga, Gegarvaganza... maaflah, nasihat Jemah, terus keluarkan produk-produk kecantikan... love...

Jadi, produk placement adalah penting, tetapi marketing style yang digunakan oleh AJL dan Qu Puteh bukanlah marketing yang berkesan. Mungkin berkesan dari segi produk awareness tapi bukan produk effectiveness, sebab kalaupun people aware of the product tapi tak beli, ada guna tak marketing tu? Haa.. itu Jemah panggil, Ineffective marketing.

ada banyak marketing tools and styles dalam dunia ni, and dia pilih ni? Siapa yang propose benda-benda macamni? Annoying tau tak? jemah pangkah nau nau...

Sepanjang jemah tengok AJL kat TV tu, jemah nampak ramai artis lama-lama, veteran, senior yang keluar untuk menyaksikan AJL dan mereka juga membawa diri mereka sendiri dalam strategi mempromosi diri. Jemah rasa lah... disebabkan Gegarvaganzalah, mereka mempunyai keyakinan diri untuk keluar dan compete in the industri, Jemah bangga sangat...

Jemah ni, kalu boleh nyanyi, jemah dah nyanyi dah, tapi Jemah ingat pesan mak jemah,

"Mah, kalau setakat nyanyi buat sakit telinga mak, lupakanlah. Ni mak kau, berdosa menyakiti mak sendiri".

Sentap!!!! mak sendiri tu... Jemah pun amik keputusan untuk menjadi blogger separuh masa... memandangkan Jemah pun sibuk jadi penggali kubur di kampung Tok Adi.

Tu jelah.. Jemah akan fikirkan untuk ada blog Jemah sendiri... bubye...

Assalamualaikum WBT

p/s; ni blog pinjam jeww...

No comments:

Post a Comment