Nuffnang Ads

Tuesday, January 13, 2015

Penulis Jemputan : Mossip-mossip Mak Jemah!!!

Assalamualaikum WBT,

Hola-hola cikebum cikebum... haaa.. ni jemah sempat curi-curi masa amik lektok si pemilik blog ni haaa.. susah nau uols jemah nak amik, bukan ap, dia asyik je berblog, jemah nak pinjam sekejap nak update pengisian-pengisian jemah pun tak sempat... voley?

Now... sekarang jemah dok perati kan, kemahen ramai lagi manusia yang macam tak sedar diri lah boleh cakap kan... jemah bukan apa, ada kawan jemah cakap, Kalau Allah nak turunkan bala, bukan kena kat sorang dua je... satu Malaysia ni boleh kena... ni kawan jemah la cakappp.. kay?

Siapa suka artis K-Pop? Baik lelaki, tak berapa nak lelaki, wanita, tak berapa nak wanita.. helok sikit! jemah bukan cakap fasal peminat, jemah cakap fasal artis tu sendiri... Nak dijadikan cerita, adalah satu event ni haaaa... artis Kpop tu hajak la, budak-budak perempuan baru nak up naik pentas then dipeluk cium la katanyah!!! kau? Jemah memula, hmmm... siapa jemah nak salahkan la eh, artis Kpop tu ke, budak-budak perempuan baru nak up tu ke, event manager ke, or pihak berwajib yang luluskan program tu, tapi bila jemah fikir balik, hmmmm.. jemah bukan ada apa-apa pon, suara jemah ala-ala semut merah halus tu je, tak nampak, lagi tak kedengaran.. kau rasa? haktuih kan?

Jemah bukan apa, sebagai seorang artis populer yang sudah suam-suam kuku kaki ni, Jemah nak nasihatkan semua, jangan taksub sangat... kalau nak taksub, meh taksub kat tulisan jemah ni... bukan apa, kalau kau fikirkan fasal agama, mak ayah, keluarga, kau takkan buat camtu... lagi hebat jemah tengok, akhbar Malaysia guna perkataan "dicabul", kau rasa? Takke tercabut jantung baca? hahaha... dah lepas ni, takyah la buat perkara-perkara camni kayh?

Jemah pun perasan tau, dalam tb kita sekarang ni, agenda-agenda peluk cium memang dijadikan satu hidangan lazat di mata-mata mereka yang suka... nasib baik lah jemah suka tengok AFC or channel makanan tu,.. lazat mata memandang, lazat perut mengenyang kau? nak-nak kalau Kembara Chef Wan... melampau tau! makanan sedap2! takyah tengok cerita lain... kau rasa? Chef Wan lambang idola Jemah!!!

Jemah nak tengok la sejauh mana perkembangan kesan rantaian hal ini dan apakah kesan terhadap industri hiburan tanah air... bukan apa, jemah kesal jugak lah kan.. jemah ingat jemah dijemput ke konsert tu.. malangnya... takde uols! jemah mengadap program masakan je lahhh... better terliurkan makanan dari poen-poen fefeling jantan tu.. eh? hahahha....

Ada jugak orang tanya jemah, email jemah, 


"Ni Jemah abang Johan Era FM tu ke?"

Dek!!! ni jemah nak cakap sikit... haah... Jemah Johan tu lain! tu Kembar jemah okay... jemah selalu panggil dia JJ, jemah Johan, nama penuh jemah lak... JH, Jemah Hepburn.. sebab kami ada keturunan Audrey Hepburn sikit.. kadang-kadang ada je jemah guna nama JMA.. JMA.. sedap kan? Ala Jemah Mat Aris.. kadang-kadang kalau jemah nak rasa-rasa fefeling penyanyi.. jemah tambah la sikit lagi.... Jemah Mat Aris Ariwatan. Sedap kan???? hahaha... kelas kau! now jemah dah clearkan kecelaruan tu... so, everything is okay khen? Kelassss...

Eh? dah lah, jemah ada hal ni, tadi Obama called Jemah, dia ajak main golf, sebenarnya khen, Jemah malas tau main-main golf ni, tapi sebab dia cakap,

Obama : Hello Jemah, I would love for you to come to Hawaii and have a fair match with me and later on you can have a cooking session with Michelle. Is that okay with you? 

Jemah : Well, O, *jemah panggil dia O je, I would that, but this time, I will have the say on the field okay? And tell M *panggil M je, to prepare the chicken and ask her to buy tempoyak and tempe.. I want to cook Sambal Tempe and BBQ Chicken Tempoyak...

Obama : Oh, okay then, I will ask her to prepare those things.

Jemah : ...And O, what about the transportation? 

Obama : I will have someone to pick u up okay?

Jemah : okay then, have a nice day.

Tu lah, tengok! ni yang Jemah malas ni, terpaksa la Jemah ikut, kalau tak ikutkan payah pulak kan? Terpaksa la jemah tinggalkan Section ni untuk seketika.. nanti  kalau jemah balik dari Hawaii, jemah tulis balik kay?? luv yaaa.... muah!

Assalamualaikum WBT

p/s: Hmmm... camne ye? nak pergi ke tak? hahahaha....

2 comments:

  1. akak pun suka tengok afc tu
    drama korea pun akak layan juga
    tapi tak fanatik sangat
    akak suka tengok interior design rumah korea ni
    tak kira rumah besar or kecik
    tapi diorang hias cantik jer
    pelik kan akak ni

    tapi kalau tanya kumpulan kpop
    seko pun akak tak kenai,
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak... Jemah pun jarang dengar benda korea ni.. tak suka sangat.. hahaha.. cuma suka pembangunan mereka je... lain-lain, tak kottt...

      p/s: jemah pesan suruh saya tulis..

      Delete