Nuffnang Ads

Monday, January 19, 2015

Prestij AJL 'tercemar'?

Assalamualaikum WBT,

Ke-prestij-an Anugerah Juara Lagu mungkin, pada saya telah 'di-cemar-kan' oleh taglina 'hebat' dari satu produk kecantikan/kesihatan. Pada saya lah, sebab apa, disebabkan iklan yang banyak tu, pengumuman keputusan Anugerah Juara Lagu ke-29 telah macam dipercepatkan untuk mengelakkan 'over run'. Kesian kan? 

Tadi saya baca nukilan dari Kak Jee, ada betulnya jugak two cents from Kak Jee tu... kesian mereka sebabkan sponsor dengan duit yang banyak, terpaksa menyenyapkan diri untuk tidak berkata apa-apa.

Pada saya, ia seperti marketing yang ada di mana-mana, seperti D'Herbs pun, cuma, mungkin sebab DS Vida tu macam, hm.. comel sikitkan, so, acting comel is nothing close to being comel. Haha, miracle does not happen when you push it. Same thing goes with Qu Puteh, adakah berbaloi sponsoring AJL dengan apa yang didapat oleh Qu Puteh, dari sales melonjak tinggi, jatuh merundum sebab marketing yang mungkin boleh dikalsifikasikan sebagai annoying. 

Ramai yang berbunyi sebab iklan yang 'bodoh' tu. Makin ditonton, makin bodoh. Ditambah dengan bagai-bagai temubual back stage. Kejadahanya kan? Macam-macam lahhh.. pening oiii...

Apa yang saya nampak, mungkin Scha tak diberikan part dalam promoting Qu Puteh sebab di tak buat pun apa yang dibuat oleh A.G. tu... hahaha.. bijak kau Scha.. lovely...
 
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada AJL 29, team produksi, walaupun iklan tu keep playing sampai mampus, tapi good show indeed. Tahniah! Tahniah kepada Apa Khabar dari Joe Flizzow dan Sona One (handsome), Shila Amzah Masih Ada Cinta dari Malaysia kepada kamu dear, dan Dayang Nurfaizah, Di Pintu Syurga yang meraih tempat ke-3 dan juga Vokal Terbaik. U deserve it girl! Rudy and Tam... amazingness!!! Persembahan terbaik diberikan kepada MOJO dengan lagu Romancinta yang dilantunkan SUNGGUH baik oleh vokalist Esa and yes, he is Blind but hell! his voice!! suara dia tinggi gila..and dia tak guna head voice okay... Full VOICE!! susah tau nak achieve that langsung!!! takde orang pun dapat use that setinggi tu....and standing ovation??? keep coming. Lagu tu patut direcord balik tau.. guna vocal Esa. Yes...Please KRU.. make that song back!

Now, itu sahaja lah.... untuk edisi AJL kali ni.. ada blogger yang tak suka, ada yang suka.. biasalah manusia. ada yang tak suka tapi ikut trending sebab nak naik traffik. hahaha.. geli deknon..

Assalamualaikum WBT

p/s: well, im talking about me obviously. huahuahua...

No comments:

Post a Comment