Nuffnang Ads

Saturday, January 3, 2015

Sensitive yang Tidak Sensitive.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua? sihat? Hari adalah hari Ulangtahun kePuteraan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. selamat maulidurrasul saya ucapkan kepada semua? apa aktiviti anda pada hari ini? 

Pada pagi tadi saya sempat menonton Majlis Sambutan Maulidurrasul di RTM1 dan alhamdulillah, macam-macam aktiviti yang dijalankan untuk menghidupkan kembali nilai-nilai kehidupan yang berasakan keislaman. In syaa Allah.

Namun, apa yand dikesalkan, sebagai contoh, di dalam berita ada memaparkan beberapa berita yang menunjukkan cara kehidupan Islam dan malangnya yang membaca berita tu tak memakai tudung. Tak salah kalau pakai tudung tutup rambut time tu untuk membacakan berita dengan mengajak mengejar cara hidup Rasulullah, ini tidak, jelas terpampang kepala keluar.

Ya, memang tahu setiap orang adalah tidak sempurna, namun, yang dipaparkan di tv kadang-kadang mampu membuatkan kita tertanya, memang sekadar membaca berita, tapi tu lah, kadang-kadang kononnya yang sensitive itu lebih tidak sensitive. Nampak tak relations kat situ?

Di tv, mereka menjadi, public figure yang dilihat sebagai mereka yang menunjukkan kebaikan kepada semua, walaupun hanya membaca berita. Janganlah jadi macamtu, at least, hormat kepada isi kandungan yang memaparkan elemen-elemen keislaman. Okay?

Jadi, marilah kita sama-sama berubah, ni nak pergi majlis ceramah maulid nabi.

Assalamualaikum WBT

p/s: jomlah!

No comments:

Post a Comment