Nuffnang Ads

Monday, January 19, 2015

Too Phat- Joe Flizzow + Sona One = Apa Khabar.

Assalamualaikum WBT,


Kadang-kala kita mempunyai berbagai jenis medium untuk kita meluahkan rasa yang ada dalam diri kita. Ada daripada kita meluahkan dari segi cerita, cerita pendek mungkin, di Facebook, di Twitter, di Instagram dengan memaparkan gambar-gambar yang mungkin menjelaskan rasa pada ketika itu. 

Jadi, sesetengah kita meluahkan dalam bentuk lirik. Iya, lirik lagu yang rata-rata menjadi satu trending di masa kini. Dan apabila diisikan lagu pada lirik tersebut, terus boleh dinyanyikan. 

Pada mulanya, saya sendiri agak teragak-agak untuk mendengar lagu ini, tetapi bila semalam dengar di Anugerah Juara Lagu ke-29 dan diperform live oleh dua anak muda ini, Joe Flizzow and Sona One, well, I think to myself... this is a very touching song actually. The meaning of that Apa Khabar song is very deep. Ia seolah memberi gambaran yang sebenarnya Joe rindukan sahabatnya, Malique yang pada saya sudah menghilang dari arena muzik tanah air. Mungkin dia ada masalah, atau apa, tapi gabungan mereka berdua menerusi Too Phat suatu ketika dahulu, memang mencetuskan satu fenomena. Everyone remembers Too Phat, well, at least I do, kan?

Siapa boleh lupa lagu Anak Ayam yang diberi nafas baru, lagu Dua Dunia featuring Dato Siti Nurhaliza dan banyak lagi lagu-lagu mereka yang berentak hip hop yang menjadi kegilaan anak muda dahulu dan ia masih digilai sampai sekarang.

Dan ini adalah lirik penuh dari lagu Apa Khabar yang menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke 29 semalam.

Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu


Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan
Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu
Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Seronok bukan lirik ini. Sedih and yet, it shows that someone need someone in their lives to get thorough things that might come in their lives. Yes, decision making is bad, but at least, there is someone to listen too when in deep sadness. A shoulder to cry on.


So! that is all, luv ya, takde la nak analys lirik sebab obviously senang kan lirik ni, takde la berbunga-bunga... straight forward lirik. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Sona one... hmmm...

2 comments: