Nuffnang Ads

Wednesday, February 4, 2015

Bangau oh Bangau Edisi Harga Barangan.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti semua sihat kan? Untuk entry ini, saya nak tulis fasal isu sekarang yang semakin menjadi-jadi.

"Bangau oh bangau".

Baik, semua tahu kan lagu 'bangau oh bangau' tu kan? 

Kalau anda semua tahu bagus. Senario kita sekarang di Malaysia fasal harga barang naik turun ni adalah sama dengan situasi bangau oh bangau. Salah menyalah menjadi suatu perkara besar dan tiada siapa yang ingin mengaku salah.

So, sebenarnya... salah siapa harga barang ni naik?

Mari saya bagi beberapa pihak yang bertanggungjawab,

Kerajaan?
Pemborong?
Peniaga?
Pembangkang?
Pembeli?

Baik, setiap daripada ini ada pros dan cons mereka sendiri. Sejujurnya, kalau bercakap terlalu jujur ni, banyak masalah sebab kita duduk di dalam kawasan yang sensitif, so, payah sikit kan? But anyways, mari kita kaji sedikit, sebagai contoh, saya nak makan sayur kangkung masak belacan.

Penanam Kangkung (Pengeluar pertama)

Ali mengusahakan tanaman kangkung sejak 5 tahun dahulu. Beliau mempunyai pelanggan yang ramai dan beliau mampu untuk bertahan lebih lama. Alhamdulillah katanya. Ali mendapat bantuan dan pinjaman daripada kerajaan. Setiap bulan di akan membayar sejumlah untuk membiayai pinjaman beliau dalam proses pembayaran balik. Ali menjual kepada pemborong/pembeli mengikut kilo. Ali menjual kangkungnya berharga RM5.00 per kilo (contoh).

Pengusaha Belacan (Pengeluar pertama)

Sarifah mengusahakan perniagaan IKS (industri kecil sederhana) beliau dalam kadar yang sederhana. Sarifah sudah berniaga selama 4 tahun dan seperti Ali, dia juga mendapat bantuan daripada kerajaan dalam memulakan perniagaannya. Sarifah menjual belacannya dengan kilo juga, ia RM 10.00 (contoh) per kilo dan  Sarifah terpaksa membeli udang geragau daripada nelayan dengan harga RM 4.00 (contoh) per kilo, setelah mengira kos pengangkutan, buruh dan masa, Sarifah menjual belacannya dengan harga RM 10.00 (contoh) per kilo.

Peniaga Sayuran. (Pengeluar kedua)

Ah Lek adalah seorang pemborong sayuran daripada seluruh Malaysia. Ah Lek juga ada menanam sayuran sendiri namun, bila untuk dijadikan jualan, Ah Lek akan memborong sayuran seperti dari Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Kuantan dan lain-lain tempat untuk diagihkan kepada peniaga-peniaga kecil. Ah Lek ada membeli sayuran seperti kangkung untuk dijual, Ah Lek membeli kangkung pada harga RM 5.00 (contoh) per kilo dan selepas menambah kos buruh, air, elektrik, dan pengangkutan, Ah Lek terpaksa menjual semula dengan harga RM 8.00 (contoh) per kilo.*untung RM 3.00

Peniaga sayuran kecil-kecilan ( Pengeluar ketiga)

Siti mengusahakan perniagaan sayuran kecil-kecilan di kampungnya. Beliau mengambil bekalan sayuran daripada Ah Lek dan dijualnya semula di kampung. Kangkung adalah salah satu daripada sayuran yang sering diambil dari Ah Lek. Siti membeli daripada Ah Lek dengan harga RM 8.00 per kilo dan setelah mengambil kira kos buruh, air, elektrik dan pengangkutan Siti mengambil keputusan untuk menjual dengan harga RM10.00 (contoh) per kilo. *untung RM 2.00

Pengusaha gerai makan (Pengeluar keempat dan pertama (servis makanan))

Fatimah mengusahakan gerai makan di sebuah bandar di sebuah negeri di Pahang. Setiap hari Fatimah akan membeli barangan segar untuk bekalan di kedainya. Kangkung adalah salah satu daripada bahan yang Fatimah akan beli kerana kebanyakan pelanggannya sukakan Kangkung goreng belacan daripada kedai makannya. Fatimah selalu mengambil bekalan sayurannya daripada Siti, ini kerana, Siti menjual sayuran yang segar. Oleh kerana, Fatimah mementingkan kesegaran sayuran, dia memilih sayuran jualan Siti untuk dibelinya. Fatimah membeli dengan harga RM 10.00 (contoh) per kilo. Fatimah pula akan mengira kos yang perlu ditanggung untuk membuat Kangkung Goreng Belacan. Fatimah juga membeli seketul belacan dengan harga RM 2.00 (contoh). Oleh kerana resepi untuk menghasilkan kangkung goreng belacan adalah agak mudah dan sedikit,

Bawang besar, bawang putih, minyak, belacan, gula, cili,

Fatimah juga perlu mengambil kira beberapa faktor dalam penghasilan kangkung goreng belacan seperti gas, tenaga buruh, air dan elektrik.

Oleh itu, kemungkinan Fatimah akan mengenakan RM 4.00 - RM 5.00 sepinggan untuk Kangkung Goreng Belacannya.

So! nampak tak kat situ macamane sesuatu produk mengalami beberapa stage untuk menghasilkan produk akhir?

Semudah sayur kangkung, dialirkan kepada beberapa tahap dan bayangkan kalau bahan lain? Maybe, Sardin Tin? kan? pernah terfikir akan itu? Pernah?

Mungkin contoh saya panjang untuk dijelaskan, mungkin boleh dimudahfahamkan dengan ini, "Kesan Rantaian" or mungkin "Added value"/ Nilai Tambahan. 

Pokok pangkalnya, kalau nak makan sesuatu tetapi memikirkan fasal kos, sila la makan masakan sendiri, beli sendiri kangkung yang murah-murah daripada mak cik-mak cik or wan-wan yang jual kangkung di pasar-pasar tani, at least kita membantu ekonomi kita sendiri kan? 

So! kalau tak faham, memintak email saya kay? saya baru lepas baca artikel Kesan Rantaian. hahaha... :) terasa cerah sikit diri ini. Amin.

Dah! itu sahaja. Saya guna sayura kangkung sebab saya sendiri suka makan sayur kangkung. sayuran kampung yang sedap! kang guna jering kang, ramai pulak tak suka, khen?

Assalamualaikum WBT

p/s: letih tulis woii!!!

No comments:

Post a Comment