Nuffnang Ads

Saturday, February 14, 2015

Jogging Berlebihan Mampu 'membunuh'?

Assalamualaikum WBT,

Saya baru je baca fasal berjogging secara sederhana mampu memanjangkan kadar hayat manusia di "Jogging lightly to longer lifespan". Lifestyle, theSun on Tuesday, February 10,2015, Page 30.

Dalam artikel tersebut, ia bukan calang-calanglah, kajian dijalankan oleh pengkaji di Denmark dan ia dirakamkan di dalam Journal of the American College of Cardiology dan kajian telah dijalankan selama 12 tahun. 


Dapatan kajian daripada kajian mereka mengatakan bahawa,

mereka (joggers) yang berjogging secara sederhana iaitu dari satu - 2.4 jam setiap minggu akan mendapati mereka lebih mempunyai kurang untuk mati mengejut. Kajian melibatkan 1,098 penjogging sihat dan 413 mereka yang sedentary non-joggers di kawasan Copenhagen City Heart Study.

Kajian juga menunjukan bahawa, joggers yang mempunyai 'pace' yang sederhana perlahan (light-to-moderate) exercise akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada mereka yang melakukan senaman yang keras dan memenatkan. Mungkin ia tidak ditunjukkan pada jangka masa yang singkat tetapi mereka akan merasakan pada jangka masa yang panjang dengan masalah sistem kardiovaskular.

Peter Schnohr, salah seorang daripada pengkaji di Copenhagen City Heart Study, Frederiksberg Hospital mengatakan bahawa, jikalau kita mempunyai gol untuk mengurangkan risiko kematian dan meningkatkan jangka hayat, jogging untuk beberapa kali seminggu di tahap sederhana adalah amat digalakkan.

Jadi!! tapi takde plak di cakap yang tak boleh nak buat hard workout, takde, cuma, tak boleh nak buat sampai terberak kan? hahaha...

Selang-selang lah exercises tu, jangan pulak sampai hari-hari hard workout plak, gila? Kita bukan nak jadi body builder, jadi biasa-biasa je dah lah kan?

Itu je lah info hari ni!!!

Assalamualaikum WBT

p/s: laparrrr...

No comments:

Post a Comment