Nuffnang Ads

Sunday, February 1, 2015

Jom Sihat Sama-sama!!!

Assalamualaikum wbt,

Now, memandangkan saya sudah dalam proses diet yang agak, hmmm... extreme di mana saya kurangkan makan nasi, minum air masak lebih kurang 5 liter sehari dan jogging di petang hari, in syaa Allah, dengan izin Allah SWT, saya akan menjadi lebih sihat. 

Saya ada posted something kat Facebook dan berbunyi lebih kurang macamni...

"masa gemuk pakai baju besar, dan kurus pakai seksi, ketat2..."

Haaa... ini lah, sebenarnya, bayangkan kalau kita pakai baju keketat dan seksi-seksi? Apakah? bukan apa, kalau kita kurus, ada sesetengah pendapat...

"mestilah, kita kan dah kurus, kita kena la tunjuk yang kita dah kurus..."

Kau pernah tak terfikir yang badan kurus kita *well, korang yang kurus lah... membuatkan orang yang gemuk berasa bersalah???? hahaaha.... kan? Tak rasa ke? then, ada pulak iklan yang memutihkan muka kan?

"kita dah putih, kita tunjuk lah kita putih..."

Hello, kalau muka putih, tangan hitam? apakah? kan?

cuma nak cakap je lah, admiring benda-benda yang bagus ni bagus sebab kita nak mengubah diri kita sendiri, cuma, kalau kita melampau mencuba kan? Payah la sikit kan? haha... too much sangat mencuba, tapi inginkan result dengan terlampau cepat... sehinggakan menyakitkan diri sendiri, kan? dosa woi!!



Saya pun nak sihat juga, tapi tu lah, slow-slow, kita bukan macam nak bertanding ke hape kan? 

Apa-apa pun, kita nak sihat kenalah bermula dari permakanan kita sendiri, kalau kita bersenam pun, tapi pemakanan kita tetap sama, tak jadi juga kan, change sikit. Then kalau kita makan sihat tapi tak bersenam, payah jugekk deknon... hahaha.. balance it kay?

Tu je ler di petang ahad ni...

Assalamualaikum WBT

p/s: jom sihat!!!

No comments:

Post a Comment