Nuffnang Ads

Thursday, February 12, 2015

Mentor Legend : Review Persembahan Separuh Akhir Pertama.

Assalamualaikum WBT,

Seperti  yang dijanjikan, saya nak review lah sikit nyanyian Protege-protege Mentor Legend dari segi pendengar tegar. 

Iya, saya sebenarnya, juga peminat Mentor, saya tengok dari dulu lagipun, now, dah Mentor Legend kan, tapi concept masih ditempat yang sama. Bagus lah itu, banyak sangat improvement yang dilakukan dari masa ke semasa oleh TV3 dalam menarik peminat untuk menyaksikan program tersebut. Sungguh luarbiasa. 

Baik, untuk persembahan Mentor Legend Separuh Akhir, agaknya memang diminta oleh produksi untuk menyanyikan lagu Medley yang tersediri daripada campuran bahasa Melayu dan Inggeris kerana setiap nyanyian dimasukkan kedua-dua unsur.


Pentas Mentor Legend Separuh Akhir 1 dimulakan dengan nyanyian:

Protege : Nadeera (Mentor : Zainal Abidin)

Lagu : Sempurna dan Bring Me To Life

Kedua-dua lagu memberikan vibe yang berbeza. Kalau tak silap saya, arrangement lagu Sempurna adalah dari Gita Gutawa yang memang menonjolkan kemampuan vokal pelantunnya. Tidak dinafikan, lagu Sempurna memang satu lagu yang mempunyai melodi yang best dan susunan lagunya amat kompleks. Seronok dengar. Satu lagi lagu adalah, Bring Me To Life dari Evanescence. Dinamik lagu ini amat tinggi. Mempunyai note rendah yang rendah dan mempunyai note tinggi yang tinggi. Namun, kemampuan vokal Nadeera adalah hebat kerana dia mampu membawa kedua-dua lagu dengan baik sekali. 

Protege : Aina (Mentor : Ella)

Lagu : Berhenti Berharap, We Will Rock You dan Fighter

Ramai yang tahu yang Aina mempunyai vokal yang best, weight yang dimiliki oleh Aina dalam suaranya adalah best. Bagi lagu Berhenti Berharap memang kena sangat, ia memaparkan vokal Aina tetapi bagi dua lagi lagu tu, the colour of Aina's voice memang agak dull. Nak-nak lagu Fighter, penyanyi asal lagu ni adalah Christina Aguilera dan Christina mempunyai suara yang hebat and her voice is the best voice of her generation. No one could beat her amazing voice now. Tetapi bagi saya, lagu Fighter tu terlalu besar untuk Aina, takde masalah mencabar diri sendiri dalam sesebuah pertandingan tetapi jangan sampai menyesakkan diri. Okay? Tapi apa-apa pun, you really have nice pipes girl! You are. 

Protege : Tuah (Mentor : Mas Idayu)

Lagu : Romancinta dan Rock You Like A Hurricane

Memilih lagu Romancinta dari MOJO dan memang persembahan Tuah akan immediately dicompared dengan persembahan vokalis Caliph Buskers. Yes. And to me, no one beats vokalis Caliph Buskers tu, not even Aweera. No, no one! Takde sapa okay. Caliph Buskers tu performed lagu Romancinta tu with pure emotion and memang hebat! no one can beat that, and sorry Tuah, you did you best, dan lagu Rock You Like A Hurricane, well, nothing wrong with that song. Bagus, you did quite well too, tapi entah lah, saya tak dapat ingat lah persembahan awak except for you performed with guitar kan? Apa-apa pun suara awa best. Saya suka.

Protege : Sarah (Mentor : Amy Search)

Lagu : I'm Telling You I'm Not Going, I Have Nothing dan Asmaradana

Sarah. Sarah mempunyai suara yang baik. Tinggi, nyaring, bagus. Cuma, diction dalam English songs memang kena jaga. Pada saya lah, there were a few words yang agak janggal bunyinya. She needs to listen more to English songs kalau dia nak menyanyikan lagi lagu-lagu Inggeris. Sarah adalah seorang penari yang bagus, dan menari dan menyanyi adalah satu perkara yang susah. Tanpa proper training, memang gagal but not Sarah. She did well. Amazing!! Cuma feel dalam dua lagu pertama, memang susah nak dapat, maybe awkward diction made things worse kot. But keep it up.

Protege : Fahmie (Mentor : Ajai)

Lagu : I Surrender dan Tiada Lagi

Baik, vokal Fahmie ni unik. High pitch untuk seseorang penyanyi lelaki, which is fresh and good. No comment on that. Pilihan lagu I Surrender memang agak kena sebenarnya dengan Fahmie bagi menonjolkan vokal yang dimilikinya tetapi, bila arrangement Tiada Lagi tu ditukar dan di-up-beat-kan, maka the transition emotion dan rasa kagum itu faded sebab, bayangkan eh, kita dan kagum dengan I Surrender tetapi masuk lagu up tempo dan agak tak kena dengan 'rasa' tu. HILANG TERUS. TAKDE TINGGAL. Macam saya, maybe saya je kot rasa, kagum dengan I Surrender sebab saya sendiri tahu lagu tu memang susah hendak dinyanyikan, tetapi masuk lagu Up Beat-ed Tiada Lagi, well, memang tiada lagi lah, terus down. Rugi. But, Fahmie tolong jangan terikut-ikut dengan cara Mentor awak menyanyi. I could see that tau, sebelum ni Ajai ada jugak Mentor dan protege dia pun terikut-ikut dengan cara nyanyian Ajai. Please, we have Ajai, we do not want another Ajai, well at least, another singer sings like Ajai. No, thank you.

Protege : Azmil (Mentor : Dayang Nurfaizah)

Lagu : Pupus dan Sephia

Pada mula pertandingan, saya memang tak pandang pun Azmil ni, jujur saya cakap, dia entah. Did not catch my eyes langsung, but once I heard his voice, memang best. Teringat Rem dulu. Rem pun orang Sarawak, maybe saudara mara Rem kot. hahaha.. tapi now, selepas tengok the struggles and hardwork Azmil lakukan untuk memenangi hati pengundi dan juga juri tetap. Lagu yang dipersembahkan oleh Azmil, Pupus adalah bagus, dengan suara huskynya tu, dengan melodi lagu yang best, memang best. It shows that song choice brings something to the table, good song choice. Teringat masa Azmil nyanyi dengan Dayang lagu Happy tu, rasanya nak hentak je TV ke lantai sebab memang langsung tak kena kay? Tak kena. Langsung! hahaha... but now, with good song choice memang best la,.. tetapi! untuk Sephia, saya tak enjoy. Maybe, lagu tu tak kena untuk di-up-beat-kan. Sorry Dayang. I know where you are going kan, but no. Sorry. Tapi Azmil bagus, dan memang di Separuh Pertama adalah satu perkara yang bagus untuk Finale. Good job.

Now, itu je la rasanya untuk komen. Ke cam over sangat plak? Tapi rasanya, dari segi pendengaran saya, itu je la yang saya nak cakapkan pon. Hehe.. lovely.

Tapi apa-apa pun, to the Proteges, keep up your good works and work very hard to achieve your dreams and rujuk Mentor anda kalau ada nak buat improvisation, cakap je, kalau good with the performances, why not kan?

Good luck.

Assalamualaikum WBT

p/s: Fefeling budiey plak saya ni... hahaha...

2 comments:

  1. hehe akk boleh jadi juri...tp mmg not bad persembahan diaorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi Permata Biru, boleh je.. jaga2 takut kena caruts dengan kak Mas nanti.. ups! hahaha

      Delete