Nuffnang Ads

Sunday, February 1, 2015

Raub, Bandarku.

Assalamualaikum WBT,

Hari ni saya rasanya menulis fasal Raub. Iya, Raub Bandarku. *Bandarku tu saya tambah sendiri je. Korang nak tau tak Raub ni fasal apa sebenarnya? Kenapa ia diberi nama Raub. 



Okay, mari kita pergi ke sejarahnya dahulu. Baik, menurut sumber Wikipedia, Raub ditemui di kurun ke-18 dan dipercayai, mengikut sumber cerita orang lama-lama dahulu, dikatakan ada tiga orang (bapa dan 2 anaknya) tatkali 'meraub' di tanah Raub, emas akan naik sekali dengan tanah, itulah menunjukkan betapa banyak emas di tanah Raub. 

Setelah diketahui ramai, pada akhir kurun ke 19, sekitar awal kurun ke 20, Raub menjadi terkenal dengan aktiviti perlombongan emas. Jikalau anda baca buku Kajian Tempatan dan juga Geografi, Raub adalah salah satu lombong emas terkenal di Malaysia dan ada pendapat mengatakan emas yang berada di Raub adalah emas yang paling baik di dunia. 

Tidak dapat dinafikan ada sejarah tersendiri bagaimana Raub itu dapat namanya, ada yang mengatakan Raub itu dapat nama dari golongan Rao yang pertama kalinya menjumpai dan mendiami Raub sebelum yang lain sampai. Ada juga mengatakan dari perkataan 'rauk' iaitu membawa maksud 'raup', 'kaut', 'scoop'. Ada benarnya, sebab di tempat saya Kampung Jenud, kami menggunakan perkataan 'rauk' untuk menunjukkan perbuatan 'merauk' dengan menggunakan kedua belah tangan untuk mengambil sesuatu dengan tangan dikembangkan sebesarnya. 

Okay, kalau nak ikutkan sejarah dari hulubalang, I need time to actually read those names and events. no offense, tapi I will read it later, but untuk entry ni saya nak ceritakan on the surface What is Raub, tu je... hehehe...

So, apa yang di Raub ni sebenarnya, untuk pengetahuan semua, jika hendak dibandingkan dahulu dan sekarang, jauh beza, well, at least masa saya kecil lah, the changes are massive. Dulu hanya ada KFC and Jaya.. after a while, Jaya tutup, then buka Aktif, then tutup dan yang masih teguh berdiri adalah TF dan Tunas Manja. Saya suka masa ada Jaya dulu, kat bahagian atas dorang siap ada pameran bagai-bagai lagi. Now, dah jadi Public Bank dan lain-lain. Bangunan tu la yang Jayanya dulu, sayang! tapi perubahankan...

Sekarang ni, dah macam-macam jenis bangunan kedai dah dibuat, kalau tak silap saya, dikira-kira, ada lebih kurang 100 lot kedai baharu dibuat di Bandar Raub. Banyak wehhh... tapi of course lah, tumpuan dibuat di bandar, not to say that di outskirt ni tak bagus. No, but sometimes, we felt in our bones that we were left out. Saya tak tau, mungkin terlepas pandang or ada sesetengah pihak inginkan suasana kampung tu lagi, but as I said lah, perkembangan dunia sekarang ni, perlulah seiring, kan?

Tapi memori tetap memori. I love the old Raub dulu, but now it better actually. Nanti saya cerita fasal Pekan Benta pulak eh... tata...

Assalamualaikum WBT

p/s: Raub Bandarku.

Sumber 1, 2, 3, 4, 5, 6,

Adakah ini benar? Muzium Emas akan dibuka di Raub? Click sini.

2 comments:

  1. Tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Raub tu.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hafiz... datang lah, takde la apa sangat nak melawat di Bandar Raub, tapi outskirt of the town, ada banyak jugak tempat menarik... :)

      Delete