Nuffnang Ads

Thursday, February 19, 2015

Sambutan Tahun Baru Cina di Dewan SJK (C) Jerkoh.

Assalamualaikum WBT,

Mula sekali saya nak ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua rakyat Malaysia khususnya mereka yang berbangsa Tiong Hua yang berada di Malaysia dan juga serata dunia.

Tadi saya pagi-pagi lagi dah sampai ke Dewan SJK (C) Jerkoh untuk turut serta menyambut sambutan Lunar Year peringkat Kampung Sri Jerkoh.

Ramai yang hadir, Cina, Melayu, India turut sama-sama memeriahkan majlis ini. 
\

Turut hadir di sambutan tersebut adalah beberapa VVIP yang memang setiap tahun memberikan sumbangan kepada rakyat seperti YB Dato Abdul Rahman bin Mohamad, Ahli Parlimen Lipis, YB Datuk IR. Mohd Soffi, Ahli Dewan Undangan Negeri Benta, YB Datuk Seri Shahiruddin bin Hj Abdul Moin, Ahli Dewan Undangan Negeri Dong, Tan Sri Dato' Lam Kam Sang. Ada ramai lagi yang hadir tapi iya la, takde la saya nak ingat nama sorang-sorang kan? Cukup mana yang saya ingat.. hehe...




 VVIP ini juga ada memberikan bantuan kepada orang tua, murid-murid cemerlang dan juga mereka yang kurang bernasib baik.

Saya juga sudah beberapa tahun menghadiri sambutan Chinese New Year ini dan memang ia sesuatu yang istimewa, selain dapat makan kami juga beramah mesra dengan masyarakat setempat. 

Semoga ia mampu menjadi medium untuk mengeratkan tali silaturahim dalam masyarakat. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Makan-makan hehe...



No comments:

Post a Comment