Nuffnang Ads

Friday, March 6, 2015

Blogger Fitnah Artis?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Semalam saya da baca fasal satu nukilan blogger hiburan ni yang men-carut-i fasal seorang artis berhijab yang mencari makan halal di luar negara. Perlu ke saya sebut nama-nama mereka? Tak payah lah kot, sebab rata-rata tahu siapa yang saya maksudkan.

Macamni, kalau dalam ekonomi, gossip ini macam spekulasi yang memberikan keuntungan kepada mereka yang pandai mengambil keuntungan daripada perkara seperti itu.

Mari, sebelum saya ulas ikut minda dan hati saya, saya bagi satu contoh mudah.

Salmah seorang wanita cantik yang mempunyai budi bicara yang terbaik dalam kampungnya. Tetapi, Salmah tidak pandai memasak, namun, dia sering cuba untuk memperbaiki dirinya. Pada satu hari, dia dicakap-cakap oleh seorang penduduk yang mungkin mempunyai perasaan cemburu dengan budi bicaranya yang baik itu. Dia mengatakan bahawa, Salmah tidak pandai memasak dan mencabar Salmah untuk memasak sesuatu kepadanya dan ia akan diadili oleh orang kampung. Salmah risau dan mula berfikiran macam-macam, namun, Salmah dinasihati oleh rakannya untuk tidak risau dan cuba membuat apa yang disuruh dan yakin kepada diri sendiri. Sampai pada saatnya, Salmah tidak memasak makanan untuk orang yang memfitnahnya itu, tetapi Salmah akan memasak dihadapan orang kampung bagi membuktikan Salmah telah berubah kepada seorang yang pandai memasak. Ternyata, cakap-cakap kosong itu adalah cakap-cakap kosong. Orang kampung memuji masakan Salmah dan ditambah dengan budi bicara yang Salmah ada, dia masih tetap menjadi anak emas kampung, biarpun dia berulang alik ke luar negara untuk mencari rezeki, *Salmah adalah seorang ahli perniagaan.

Nampak tak? Walaupun cerita pendek agak melalu, tetapi, apa yang cuba disampaikan adalah, budi bicara yang baik tetap menang walaupun orang cuba fitnah kita. Jadi lah macam Salmah, seorang yang berbudi bicara baik dan walaupun dicabar tetap tenang dan cuba untuk membuktikan dirinya yang dia adalah seorang yang baik dan mampu menangani tekanan dengan sebaik mungkin.

Apa yang terjadi kepada orang yang memfitnahnya itu? Adalah orang akan hormat dia selepas apa yang dia lakukan? Awak fikir sendirilah, pembaca boleh membaca sendiri.

Kita ni hidup atas muka bumi bukan guna rules kita sendiri. Okay?

Apa-apa pun, tulis la ikut apa yang anda rasa boleh meningkatkan orang lain, bukan menjatuhkan. Saya pun mungkin ada menulis benda yang mungkin tidak betul, tapi please, email me okay for suggestion. Saya boleh menerima.

Assalamualaikum WBT

p/s: taknak lah buat PC hanya sebab bodoh. 
p/p/s: kena pantau lah tulisan Mak Jemah dan Esah Kemenyan lepas ni...

No comments:

Post a Comment