Nuffnang Ads

Sunday, March 8, 2015

Dari Mana Idea Anda?

Assalamualaikum WBT,

Bila kita berblog walking kan, kita *saya mesti tertanya-tanya...

"Dari mana la dorang ni dapat isu best-best yang dorang tulis dalam blog ni?"

Kadang-kadang saya jeles tapi bila dah lama-lama, I now have my own sumber too. Kadang-kadang saya amik dari luar negara then adapt dengan situasi kat dalam negara. Kadang-kadang yang dalam negara pun amik, tapi sekarang ni saya dah jarang sangat dan mentioned specific names dalam tulisan saya. Iya lah, kang apa plak kan? mana lah tau... bukan takut, cuma ambil langkah berjaga-jaga supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang mampu menghancurkan diri sendiri. Gituhhh... kan?

Then, saya suka juga baca surat khabar, tapi certain surat khabar lah, tapi kadang-kadang bosan jugak asyik baca Sinar Harian je, beli jugaklah Berita Harian tu, nak-nak sekarangkan borang ABPBH tu kan... makin rancak la saya membeli, kononnya nak hantar. Hehe... last-last takde, sebab tu lah kot ramai artis tak memang, sebab saya tak hantar. Vote online pun boleh kan? ke? *jap check.

Lepas tu saya pun ada juga kadang-kadang tengok berita dalam TV dan cerita-cerita dalam tv yang mampu untuk provoke pemikiran marhaen, kan. Gituh. Hahaha...

Korang? Apa sumber korang sebagai blogger? share la dengan saya...

Terima kasih,

Assalamualaikum WBT

p/s: pembacaan pelbagai mampu menajamkan fikiran. 

1 comment:

  1. apa yg sy fikir, itulah sy tulis. kadang2 tanya pd kwn2, topik apa yg diorang nak sy tulis. sebelum ni 400++ post sy dah keluarkan tp semua dah delete dan buat entry2 baru. hehe

    ReplyDelete